CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1779|Reply: 0

Cepat cari keserasian’

[Copy link]
Post time 19-2-2016 11:59 AM | Show all posts |Read mode
Cepat cari keserasian’




SELANGOR terpaksa melakukan perubahan drastik terhadap kesebelasan pasukan berikutan lima tonggak utama pasukan itu masih lagi dibelenggu kecederaan menjelang perlawanan kedua Piala FA menentang AirAsia FC, malam ini.
Pengendali skuad Merah Kuning, Zainal Abidin Hassan berkata, beliau terpaksa menggunakan barisan pemain gantian walaupun mengakui gelisah dengan keserasian mereka semasa diturunkan nanti.
“Selangor ada ramai pemain tapi masalah keserasian itu mungkin akan mengganggu corak permainan.
“Memang semua pemain pernah bermain bersama ketika perlawanan persahabatan dan latihan tapi situasi ini berbeza ketika berentap di pentas perlawanan,” katanya kepada Sinar Harian.
Lima ayam tambatan Selangor yang cedera ialah penyerang import, Mauro Andres Olivi; pemain sayap, R Gopinathan, Robert Cornthwaite, Nazmi Faiz Mansor dan Ahmad Hazwan Bakri.
Bagaimanapun, Zainal optimis tiga pemain baharu yang diturunkan di barisan penyerang iaitu Adam Nor Azlin dan Abdul Hadi Yahaya manakala di barisan tengah, Saiful Ridzuwan Selamat dapat mempamerkan prestasi hebat sekali gus mempertahankan gawang gol daripada dibolosi pihak lawan,
Dalam pada itu, Zainal turut mengingatkan skuad di bawah kendaliannya supaya tidak sesekali memandang rendah pasukan lawan.
“Walaupun nama AirAsia tidak segah pasukan lain tapi saya selalu ingatkan pemain jangan pandang rendah pasukan lawan.
“Piala FA ini lain sikit, banyak cipta keputusan mengejut sebab itu mereka perlu fokus untuk memburu kejuaraan,” katanya berharap kesemua pemain yang cedera segera pulih dan dapat kembali beraksi dalam Piala AFC, 23 Februari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.044463 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list