Kenapa Botok-botok? Macam botox pula kan? Sebenarnya Botok-botok ini adalah panggilan makanan bagi orang Singapura. Ia juga dikenali sebagai pais. Pais pula lebih kurang seperti rupa otak-otak. Sebab apa, mungkin cara balutan yang menggunakan daun pisang, maka ia dikenali sebegitu rupa.
Resepi yang dikongsikan di laman Facebook oleh saudara Razali Mohamad Said ini sangat mudah dan ringkas untuk dimasak dan dihidangkan kepada seisi ahli keluarga.
Beliau menggunakan ikan tenggiri, tetapi jika anda ingin menggunakan selain ikan tenggiri pun boleh. Ikut selera masing-masing. Jom, cuba! - CARI Infonet