Oleh Adib Za
Sering sakit kepala, bagi yang sering alaminya memang rasa tak selesa dan mengganggu fokus pada kerja.
Elakkan makan pil penahan sakit kerana ia bukannya menyembuhkan, sebaliknya hanya memberi kelegaan sementara. Malah, banyak pula kesan sampingannya.
Rawatan secara alami adalah lebih baik. Ini kerana ia bersifat semula jadi dan tidak memberi kesan sampingan.
Antara yang anda boleh lakukan ia menggunakan minyak essential daun pudina. Ia bukan sahaja menyegarkan minda, malah memberi kesan yang sejuk pada kulit, melancarkan peredaran darah dan melegakan bahagian badan yang sakit.
Anda boleh terus menyapukan minyak essential pudina ini pada bahagian kepala anda. Ia mampu melegakan ketegangan dan sakit kepala secara beransur-ansur.
Sapukan minyak tersebut dalam masa 15 hingga 30 minit selepas anda berasa sakit kepala. Ada kajian yang membuktikan keberkesanan minyak ini untuk atasi sakit kepala dan kurangkan tekanan setanding perubatan moden!
Anda juga boleh mencampurkan minyak pudina ini lebih kurang 10 titis ke dalam minyak kelapa. Jadikan ia minyak urut untuk melegakan sakit otot dan lenguh-lenguh sendi. Sangat berkesan! Selamat mencuba ya! - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |