Oleh Izzah Abbasy
Konsep Dapo Pata yang menjadi viral baru-baru ini adalah satu tarikan baru bagi pengunjung yang berkunjung ke Uptown Kontena terletak di pesisir lagun Kg.Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Ia dibuka mulai jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi. Dapo Pata lokasi terbaharu untuk kaki-kaki pantai, beach boy, kaki hipster, port lepak, santai berangin bersama rakan-rakan dan keluarga anda.
Dapo Pata masih lagi baru dibuka, bolehlah anda datang mencuba dan memberi maklumbalas positif kepada vendor-vendor di Dapo Pata agar memenuhi selera dan keselesaan ketika berkunjung di sana.
Lihat sahaja konsep yang diketengahkan, makan di Dapo Pata ini, suasananya seakan berada di Bali dengan tiupan angin dan desiran pantai ini menjadikan ia salah satu restoran hispter mengadap laut di Terengganu dan akan menjadi lokasi 'fevret' pelancong. - CARI Infonet
Kredit Foto : Amazing Terengganu
|