oleh : Fyruz Hanna
Apakah kriteria wanita untuk memilih calon suami? Adakah pada suara? Pada lengan? Pada penampilan? Ketahuilah, sebab utama adalah kerana (baca dibawah)
-Duitnya.
Bukan mahu kata mata duitan, tetapi wanita akan pilih lelaki yang berduit/berharta dahulu. Tanyalah pada mana-mana wanita, jika itu bukan sebab utama, pasti ia akan menjadi salah satu sebab mengapa dia memilih kamu sebagai teman hatinya.
Memang wanita akan tetap terus gilakan lelaki handsome, tapi jika tak berduit, kegilaan mereka hanya akan berlalu seperti itu sahaja.
Pada wanita, lelaki hensem adalah bonus jika dikurniakan namun jika tiada tak mengapa kerana lelaki berduit pastinya akan menjamin kehidupan yang lebih sempurna berbanding hanya dikurniakan muka hensem tetapi papa kedana.
Maaf, jika anda lelaki hensem, anda mungkin tersinggung dengan tulisan ini. Dipetik daripada Cosmopolitan dan juga Hanasuva, ini sebab kenapa lelaki hensem tak dipilih

1. Rupa yang molek tak menjadi kestabilan
2. Lelaki hensem ego tinggi
3. Lelaki hensem boros (sibuk menjaga penampilan sendiri)
4. Lelaki biasa akan manjakan wanitanya
5. lelaki hensem berlagak dengan kehenseman selain tak ada duit.
Sumber:therichest,cosmopolitan,hanasuva |