Oleh Izzah Abbasy
Kuih tradisional, sedap dimakan tapi sukar untuk membuatnya. Anak dara hari ini kalau pandai buat kuih tradisonal dengan resepi turun temurun, bolehlah pinang cepat-cepat mereka ya.
Lepat pisang adalah salah satu kuih tradisional Melayu yang sering dijamu oleh mak-mak kita dahulu untuk santapan petang mahupun dihidang kepada tetamu.
Kuih lepat pisang ini masih ada dijual namun tidak banyak dan sesedap dahulu. Kenapa ya?
Penulis sertakan resepi kuih Lepat Pisang yang dikongsikan menerusi laman Sambal Hitam Tokma. Selamat mencuba ya! - CARI Infonet
Bahan-bahan
15 biji pisang saiz sedang
1 cawan tepung gandum
3 susu besar gula
3 susu besar santan
Kelapa putih parut
Garam
Daun pisang
Cara persediaan
1) Lenyek pisang dan tambah gula, tepung dan santan
(Kalau keras tambah santan, kalau cair tambah tepung, manis ikut selera masing-masing)
2) Layur daun pisang. Letak 2 sudu adunan pisang. Letak kelapa yang sudah dicampurkan garam
3) Lipat daun pisang dan kukus dalam 30 minit atau sampai masak |