View: 1938|Reply: 0
|
Sambal Tumis Telur Burung Puyuh, Oh Enaknya!
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
(Sumber foto: Seleraputeri)
Telur puyuh memang merupakan satu menu yang jarang dihidangkan namun, sekali sekala dimasak, pasti menjilat jari dibuatnya.
Enak sekali dimasak sambal tumis, rasa pedas-pedas dan masam manis membuatkan masakan ini lebih ummph!
Ditambah dengan rasa lemak pada telur burung puyuh. jom, mencubanya!
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh
1 biji bawang besar | dipotong bulat
1 sudu makan asam jawa | dibancuh dengan air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering | direbus
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian tumis bahan kisar dan kacau sehingga naik bau.
3. Setelah itu masukkan telur puyuh, bawang besar yang telah ditumis tadi bersama air asam jawa. Kacau rata.
4. Akhir sekali, perasakan secukupnya. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.- CARI Infonet
Sumber resipi: Rasa |
|
|
|
|
|
|
| |
|