View: 1968|Reply: 0
|
Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video ‘Yeo’s, I Love Malaysia’
[Copy link]
|
|
Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), jenama barangan terkenal dengan nilai warisan yang kukuh dalam menghasilkan produk minuman dan makanan berkualiti tinggi serta halal di Malaysia lebih daripada 50 tahun, menganugerahkan Teh Chun Yen dan pasukannya sebagai pemenang tempat pertama bagi peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ sewaktu di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ruang, Subang Jaya pada 25 Februari 2016.
Teh Chun Yen telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 25,000 dan juga produk Yeo’s untuk video pertaruhannya yang berjudul ‘Xie Xie’. Pemenang itu berkata bahawa dia telah dibesarkan dengan produk Yeo’s dan idea video ‘Xie Xie’ berasal daripada situasi sewaktu masa kecilnya. Teh berterima kasih kepada Yeo’s kerana memberi peluang untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni visual.
‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ yang berslogan “I am Malaysian, We love our country… What’s your story?” telah menyediakan satu landasan yang sesuai kepada bakat-bakat kreatif dan inovatif untuk memaparkan kemahiran mereka dalam meluahkan perasaan, juga kisah-kisah kecintaan mereka terhadap Malaysia melalui penghasilan video patriotik.
‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’ mendapat sambutan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang ramai. Setiap penyertaan adalah berdasarkan kreativiti, keaslian, dan kebolehan dalam meluahkan semangat mencintai tanah air melalui video berdurasi 60 saat dinilai oleh tiga juri arif, iaitu Naib Presiden Yeo’s Malaysia dan Indonesia, Encik Ong Chay Seng, Naib Presiden Pertama Pemasaran, Mr Vincent Chui, Pengarah filem Malaysia yang terkenal En Osman Ali, dan Encik Dick Chua.
“Sesetengah topik yang disampaikan adalah sangat tulen dan berinspirasi tinggi. Ini menunjukkan bahawa peserta berfikir di luar kotak. Video hasil anak tempatan ini sangat menarik dan mempunyai nilai kreativiti yang tinggi daripada peserta-peserta.” ulas En Osman Ali.
Manakala, Mr Dick Chua, salah seorang juri berkata, “Saya sangat kagum dengan sesetengah konsep dan jalan cerita yang dihasilkan oleh peserta melalui peraduan ini. Kebanyakan video adalah terperinci dari sudut pengambaraan dan juga suntingan. Terdapat video yang bagus walaupun dirakam dengan peralatan yang terhad, tetapi plot cerita yang disampaikan ternyata fenomena.”
Semasa majlis penyampaian hadiah, Yeo’s telah menyampaikan hadiah-hadiah yang sangat menarik kepada pemenang-pemenang. Senarai pemenang adalah seperti berikut:
Hadiah
| Pemenang
| Hadiah
| Tajuk Video
| Pertama
| Teh Chun Yen
| RM 25,000 + Produk Yeo’s
| Xie Xie
| Kedua
| Low Tiong Lim
| RM 5,000 + Produk Yeo’s
| The Natural Reaction
| Ketiga
| Zurayah Binti Abd Razak
| RM 3,000 + Produk Yeo’s
| Bermulanya Sebuah Cinta
| Hadiah Istimewa
(x2)
| Emily Yii En Li
| RM 2,000 + Produk Yeo’s
| Kopitiam
| Ang Yik Chuan
| RM 2,000 + Produk Yeo’s
| Belong
|
Hadiah
| Pemenang
| Hadiah
| Tajuk Video
| Most Shared Award
| Foo Wei Ling
|
RM 1,000 +
Produk Yeo’s
| I’m proud To Be Malaysia Who Loves Yeo’s Drinks
| Most Patriotic Award
| Zurahyah Bt Abd Razak
| Bermulanya Sebuah Cinta
| Most Touching Video
| Ang Yik Chuan
| Belong
| The Most Funniest Video
| Teh Rou Ning
| Geh Chu Ki (Dentures)
|
Untuk menonton video para peserta peraduan ‘Yeo’s, I Love Malaysia Video Contest’, Yeo’s mengajak orang ramai untuk ‘like’ dan mengikuti kesemua saluran rasmi sosial ‘Yeo’s Malaysia’ melalui Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram atau laman utama peraduan ini diwww.yeos.com.my/ilovemalaysia-videocontest.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|