|
|
Oleh Adib Za

(Sumber foto: Carian google)
Aduh, sotong yang dimasak keras dan liat macam getah memang mengecewakan.
Ini terjadi apabila anda memasak sotong itu terlalu lama, dan merosakkan tekstur daging sotong yang lembut dan sedikit kenyal.
Jangan risau, pastikan anda mengikuti petua ini sebelum memasak apa-apa masakan berasaskan sotong, memetik laman Rasa:
BAHAN-BAHAN:
Sotong segar
Lemon | diambil jusnya
CARA-CARA:
1. Bersihkan sotong dan lap hingga kering menggunakan tisu.
2. Masukkan sotong ke dalam mangkuk.
3. Masukkan jus lemon dan rendam selama 3 minit.
4. Bersihkan dan sotong boleh dimasak mengikut citarasa anda. - CARI Infonet
Sumber: Rasa |
|