March 2, 2016, Wednesday
SIBU: Gambar bogel disebarkan di laman sosial Facebook selepas hasrat seorang wanita kembali ke pangkuan teman sejenis ditolak. Insiden itu disedari oleh mangsa, 24, apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bergambar daripada rakan-rakan sekitar jam 2 petang Ahad lalu.
Menurut mangsa, gambar bogel tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook yang memperkenal dirinya sebagai Mamat T*** yang turut memuat naik beberapa keping gambar bogelnya.
“Saya amat terkejut dengan tindakan individu melakukan perkara jahat itu dengan tujuan untuk mengaibkan maruah diri saya di laman sosial,” katanya.
Menurutnya, beliau percaya perbuatan itu dilakukan seorang wanita dikenalinya namun mereka tidak berhubung lagi.
Difahamkan, kenalan wanita berumur 19 tahun itu bertindak terlampau sehingga memeras ugut mangsa membayar wang tunai RM1,000 selepas mangsa memutuskan perhubungan mereka.
Menurut mangsa, wanita tersebut mendakwanya berhutang sejak lebih setahun.
Disebabkan mangsa enggan memberi sebarang tindak balas, wanita terbabit dipercayai memuat naik gambar-gambar lucah memaparkan wajah mangsa di laman sosial. Menurut mangsa, ini bukan kali pertama perbuatan memalukannya dilakukan oleh wanita bertopeng sebagai lelaki terhadapnya.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sentral Isnin lalu.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. - Sarawak News
p/s cinta terlarang...Miss Kay , lelaki nak jadi pompuan, yg nih pompuan nak jadi lelaki...
|