View: 7935|Reply: 94
|
[Tempatan]
Anwar Dan Tun Mahathir Bergabung, Apa Jadi?
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-LTS at 4-3-2016 11:52 PM
Artikel: TS LOO l Video: Firdausz & TS LOO l Suntingan Visual: Firdausz
Dalam dunia politik, tiada kawan yang kekal, dan pastinya juga tiada musuh yang kekal selama-lamanya !
Semalam Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalankan hukuman di penjara dalam satu kenyataan mengatakan bahawa dia sanggup menyokong mana-mana pihak atau individu termasuk Tun Dr Mahathir Mohammad dalam satu 'Pergerakan Menjatuhkan Najib' yang bertujuan mendesak Najib meletakkan jawatan.
Biarpun mereka berdua sebelum ini diibarat sebagai 'musuk politik', tetapi menurut Anwar selagi mempunyai persefahaman yang utuh, dia tidak menolak menyokong pendirian rakan-rakan dari masyarakat sivil, parti politik dan individu-individu termasuk Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan lain-lain untuk mendesak Najib meletakkan jawatan Perdana Menteri.
Kenyataan Anwar disuarakan menerusi akaun facebook peribadi anak perempuannya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
BERGABUNG! MELETOP! |
|
|
|
|
|
|
|
Bergabung! Xmeletup. Trus semua kedalam |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu tahun 70an Anwar pimpin ABIM..lepas tu keluar join ngan Umno sampaikan ada ustaz pas buat lawak ABIM =《Anwar Bodoh ikut Mahathir} |
|
|
|
|
|
|
|
kemenangan utk anwar la bg akak ... dok dlm penjara pun bekas wira dunia terpaksa cari minta sokongan juga... |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 replied at 4-3-2016 06:20 PM
kemenangan utk anwar la bg akak ... dok dlm penjara pun bekas wira dunia terpaksa cari minta sokonga ...
Kan sis?
CASH BUAT DZECK
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha ha ha.. jgn nanti bila dah dpt kuasa ditendangnya balik mamat sg. buloh tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mane satu yang top dan bot ni |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup Anwar dan Mahathir, akhirnya mereka bergabung balik setelah sekian lama dipisahkan, semoga gabungan mereka berdua tu sehebat gabungan semua superhero dalam kumpulan 'The Avengers' .... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya...masing2 bergabung untuk mempergunakan satu sama lain untuk dapatkan sokongan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi losers club la hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Portal Umno: Akhirnya Mahathir boleh mati dengan aman
Portal pro-Umno Mykmu.net hari ini menulis bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini boleh mati dengan aman setelah berjaya memeterai persefahaman dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengakhiri perseteruan politik antara penyokong mereka.
“Kita juga bersyukur, di akhir usia 90-an, Mahathir akhirnya sudah boleh pergi dengan aman suatu ketika nanti tanpa meninggalkan lagi legasi politik kebencian melampau antara kedua-dua Kabilah ini.”
Menurut portal itu, selepas konflik dan politik kebencian selama 18 tahun, akhirnya, orang Melayu yang saling membenci kerana Mahathir menyingkirkan Anwar boleh ‘disatukan’ semula.
“Hari ini, Mahathir dan proksi Anwar Ibrahim, Azmin Ali, bersama-sama menandatangani persefahaman untuk menjatuhkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak,” katanya.
Ia berkata tidak pernah sesiapa sangka Mahathir akhirnya terpaksa melutut kepada seteru politik nombor satunya untuk mencapai satu cita-cita politik terakhirnya.
“Ini satu sejarah besar bahawa di sebalik pelbagai serangan dan hentaman Mahathir ke atas Anwar, Anwar tetap berdiri gagah dalam politik negara.
“Dan biar pun berada di sebalik tirai besi, akhirnya Anwar masih mampu menundukkan Mahathir,” katanya.
Menurut Mykmu.net, suatu ketika dahulu, gerakan menukar kepimpinan Umno tidak membabitkan pakatan dengan pembangkang kerana ia dibantah oleh penyokong Mahathir.
Katanya, sungguhpun Mahathir keluar parti dan ada pemimpin pembangkang menghadiri program yang dianjurkan, tidak pernah wujud pakatan dengan pihak lawan.
“Hari ini generasi baharu penyokong Mahathir sudah tidak peduli semua itu. Roh dan jiwa parti sudah dijual demi kuasa dan ego!” keluh penulis artikel yang menggunakan nama samaran 'Kuntakinte Malaysia'.
Walau bagaimanapun, beliau menambah bahawa ini mungkin satu perkembangan positif bagi bangsa Melayu dan agama Islam kerana pada akhirnya, mereka yang pernah membenci antara satu sama lain kini bersatu di bawah bumbung yang sama lagi sekali lagi.
Manakala Najib mungkin dilihat sebagai faktor negatif dalam perpaduan ini, namun menurut portal itu, beliau masih adalah alat penyatuan Melayu.
“Justeru Najib bukan sahaja agen perdamaian Bangsa Moro dan Wilayah Pattani tetapi juga berjaya menyatukan dua kabilah Melayu, Mahathir – Anwar, dari terus bergaduh dan membenci kerana kuasa,” sindir portal itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
zamzarai replied at 4-3-2016 06:16 PM
Bergabung! Xmeletup. Trus semua kedalam
Terbaik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya Najib yg dapat menyatukan Mahathir dan Anwar |
|
|
|
|
|
|
|
harap bila pencen nanti dpt lah kiranya najib dibagi gelaran BAPA PENYATUAN UMMAH |
|
|
|
|
|
|
|
Maka lepas ni rindula nama mamak kutty |
|
|
|
|
|
|
|
tiada musuh yang abadi, yang ada hanyalah kepentingan yang abadi |
|
|
|
|
|
|
|
goku + bezita
madey + anwar
vs
Najin- booooooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|