CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 987|Reply: 0

Risiko Teluk Intan Tenggelam Berkait Dengan Perubahan Iklim Global

[Copy link]
Post time 5-3-2016 12:56 AM | Show all posts |Read mode




sumber foto : google image



Risiko Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini, akan tenggelam dalam tempoh 50 tahun lagi bukan semata-mata berpunca daripada hakisan, tetapi berkait rapat dengan perubahan iklim global.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perubahan iklim global yang berlaku ketika ini antara lain menyebabkan berlakunya angin kencang serta ribut taufan dengan lebih kerap.



"Keadaan ini sebenarnya amat berisiko terutama kepada kawasan-kawasan rendah untuk dinaiki air dan seterusnya tenggelam," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.


Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong berkata sebahagian bandar Teluk Intan akan tenggelam seterusnya menjadi pulau dalam tempoh 50 tahun lagi jika hakisan tebing di sekitar Sungai Perak tidak diatasi.


Sehubungan itu, Mah berkata kerajaan telah memperuntukan RM50 juta lagi untuk membina ban atau tambak batu di tebing Sungai Perak bagi mengatasi masalah hakisan tebing dan banjir. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039600 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list