View: 7390|Reply: 81
|
[Tempatan]
MH370: Serpihan kedua pesawat ditemui di Reunion Selanjutnya di : http://www...
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Petugas pembersih pantai yang menjumpai 'flaperon' MH370 tahun lalu, menemui objek dipercayai petunjuk kedua mengenai misteri pesawat terbabit di Pulau Reunion, dekat Lautan Hindi, semalam. Menurut Johnny Begue, objek berdimensi 40 X 20 sentimeter dan mempunyai tanda berwarna biru pada permukaannya itu ditemui ketika beliau melakukan senaman pagi di tepi pantai. "Objek itu ringan dan permukaan bawahnya berwarna kelabu, malah pembuatannya hampir sama dengan sayap (flaperon) yang saya temui dulu," katanya ketika ditemui AFP di Saint-Denis, dekat Pulau Reunion, hari ini. Flaperon yang berfungsi sebagai daya angkat pesawat ditemui di Pulau Reunion, 29 Julai tahun lalu, sebelum pasukan penyiasatan dianggotai Australia dan Malaysia melakukan analisis lanjut terhadap objek berkenaan. Berdasarkan beberapa ciri penting, khususnya nombor siri pengilang dan warna flaperon berkenaan, ia disahkan milik MH370 yang dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, 8 Mac 2014. Pengumuman yang juga petunjuk pertama selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang selama 508 hari dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu sidang media tergempar. Begue berkata, beliau kerap turun ke pantai untuk mencari serpihan pesawat sejak pasukan penyiasatan mengesahkan flaperon yang ditemuinya adalah milik MH370. "Lazimnya, banyak benda akan terdampar di pantai selepas Pulau Reunion dilanda cuaca buruk kerana ombak yang kuat akan mengaut pelbagai objek dari dasar," katanya. Begue turut menjelaskan polis atau mana-mana pihak berkaitan belum menghubunginya bagi memaklumkan perkembangan lanjut mengenai objek terbaharu itu. Penemuan Begue dilaporkan tiga hari selepas penyiasat bebas, Blaine Gibson menjumpai objek berukuran kira-kira semeter, dipercayai penstabil mendatar pesawat jenis Boeing 777 di Mozambique, Afrika. Pasukan penyiasat Malaysia dan Australia kini dalam usaha mengenal pasti dan melakukan analisis lanjut, sebelum mengemukakan sebarang pengesahan sama ada ia petunjuk baharu mengenai MH370.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/131526
|
|
|
|
|
|
|
|
MH370 ni semacam jadi modal utk cover isu semasa dlm negara la pulak. Ada kes panas, terus timbul cerita Mh370... |
|
|
|
|
|
|
|
just utk divert isu lebih besar jah...kesian dkt ahli keluarga mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh dkt 2 tahun x kan rangka tu masih elok... muskil ngat aihhh |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin org bosan dn makin tak peduli
so berita ni akan jd x relevan lg |
|
|
|
|
|
|
|
i dont care about mh370 anymore |
|
|
|
|
|
|
|
mmmm... sedih bila fikirkan ahli keluarga MH 370.. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan gitu je la. Perasaan ahli keluarga mangsa diorg xkesah pon. Kesian sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Korang jgn kang x pasal2 kak senah masuk.suh pegi batu caves sembah berhala.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dugaan yang berterusan buat yang terdekat. |
|
|
|
|
|
|
|
all4rez replied at 7-3-2016 11:40 AM
MH370 ni semacam jadi modal utk cover isu semasa dlm negara la pulak. Ada kes panas, terus timbul ce ...
Tu namanya permainan politik..xnak nampak kepincangan yg ada...divert dgn isu MH 370 nih |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dodolgemok at 7-3-2016 05:21 PM
Aku xpaham kenapa org selalu kaitkan penemuan klu utk kes mh370 dgan kes divert isu politik negara pelbagai. Aku walaupon xsokong najib umngok dan bn lahanat takde la nak menggelupor kata benda ni nak divert isu dalaman negara.
Bagi aku, setiap penemuan ni merupakan klu2 kecil yg penting yg mana akhirnya akan ketemukan jua dgan bangkai pesawat utama. Mh370 diakui kes aviasi pling misteri abad ini. Sebagai pemerhati dunua aviasi, sebarang berita mengenai apa2 penemuan akan tetap buatkan aku sexcited.
Eh come on la sundel2 sekalian, takkan la pengaruh najib besar sgat smpai mampu menipu seluruh dunia termasuk kuasa2 besar lain. Fakof la dgan teori konspirasi najib divert issue semua tu boleh tak sial?: |
|
|
|
|
|
|
|
Korang TAK PELIK ke SETAHUN KENDIAN, SERPIHAN BARU DIJUMPAI. Pastu, orang yang sama jumpa. Elok2 je tgh buat senaman (siap berzumba kot). And this happen like tak lama lepas family mangsa nak saman.
Why orang yang sama jumpa? Setahun kendian? Why? Why?
Payah aku carik benang ni. Baru arinih aku tau kesah serpihan baru, sedangkan berita dah kuar semalam pung. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 7-3-2016 12:34 PM
i dont care about mh370 anymore
Ingat mak je rasa gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Njaib tahu kisah sebenar . |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnye Mh370 mana ada buat air turn back.....kapal terus ikut flight path menuju tak tahu kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
teori Diego Garcia semakin kuat...cuma tak pasti samada memang intention pilot, atau kena drag dek remote kontrol atau smartphone apps from somebody somewhere...
|
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 7-3-2016 07:53 PM
Korang TAK PELIK ke SETAHUN KENDIAN, SERPIHAN BARU DIJUMPAI. Pastu, orang yang sama jumpa. Elok2 je ...
Dah pula reunion tu kecik cenonet je sebesar perlis ke apa ntah. Org tu pulak kan dah cakap dia hari2 joging tepi pantai lepas penemuan pertama sbb dia tau byk benda dari dasar laut terdampar area situ. Dan mmg ikutkan simulation hanyutan cebisan barangan mmg betul area dan masa yg dianggarkan utk benda hanyut disitu.
Kalau pi lojik xkan la najib nak hire org gi pulau reunion utk buat petunjukan olok2 semata2 nak divert isu semasa negara? Come on la weyh jangan pprt sgat pikiran tuh. Aku bukan macai |
|
|
|
|
|
|
| |
|