CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2638|Reply: 10

[Tempatan] {1} Penipuan Pakej Umrah Melalui Internet !

[Copy link]
Post time 8-3-2016 03:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 8-3-2016 03:45 AM

Mar 7, 2016


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2016 03:44 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 kes penipuan pembelian pakej umrah melalui internet direkodkan sejak Februari lepas sehingga kini, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata mangsa penipuan bukan sahaja melibatkan golongan profesional, tetapi juga penduduk di luar bandar yang terpedaya ditawarkan harga pakej umrah yang rendah.

“Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengeksploitasi bakal jemaah umrah melalui iklan yang menawarkan harga lebih rendah daripada harga lantai iaitu RM4,900,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas program bersama penggiat industri pelancongan (pengendali umrah) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Beliau berkata lapan daripada kes itu dilaporkan kepada polis melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM101,480.

Manakala selebihnya dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan nilainya belum dapat dipastikan.

Mas Ermieyati menasihatkan orang ramai supaya memeriksa latar belakang syarikat pengendali umrah dengan melayari laman web www.motac.gov.my atau www.jawhar.gov.my/umrah untuk menyemak status syarikat serta senarai syarikat yang telah disenarai hitam.

Katanya terdapat kira-kira 500 syarikat pengendali umrah yang berdaftar. Dalam pada itu beliau berkata seramai 290,000 rakyat Malaysia dijangka menunaikan umrah pada tahun ini. – BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 04:47 AM | Show all posts
nak menipu sampai sanggup guna agama ...   

harga ejen2 umrah yg dah establish makin lama makin mencekik darah .. bile sampai mekah/madinah nak ziarah kemana2 pun kene ade extra expenses onthespot
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 07:24 AM | Show all posts
kenapa tak redha? ini semua dugaan tuhan   
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 07:34 AM | Show all posts
skyreds replied at 8-3-2016 04:47 AM
nak menipu sampai sanggup guna agama ...   

harga ejen2 umrah yg dah establish maki ...

bersyukur laa dpt pi padang pasir utk bayar ufti kat umat zionis  


byk lak complaint ko  
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 09:12 AM | Show all posts
Acong replied at 8-3-2016 07:34 AM
bersyukur laa dpt pi padang pasir utk bayar ufti kat umat zionis  

dah duit aku .. suka hati aku la nak komplen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2016 11:11 AM | Show all posts
nak senang saggup gne agama
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 03:47 PM | Show all posts
Agen selalu untung 10% je. So kalo RM6K, tu maksudnya agen ambil komisen RM1K. Mane boleh lagi murah kecuali tu dia punya company, tu dia punya direct deal visa, tu semua kerja dia sorang je wujud dalam company semua pun buat sendirik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 10:16 PM | Show all posts
skyreds replied at 8-3-2016 09:12 AM
dah duit aku .. suka hati aku la nak komplen

nape tak komplen kat padang masyar?   
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:30 PM | Show all posts
ummah sunni dan kebodohan bagaikan aur dengan tebing.
tak hairan la elohim terus cash kan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash la sis..berdagang ugama konsepnya..asalkan ada nama isle trus xboleh takwil harga..kalau x kurang pahala ke sis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087015 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list