Oleh Adib Za
Antara yang menjadi trending untuk perkahwinan orang Melayu masa ini ialah kehadiran bridesmaid. Ia bukanlah satu adat Melayu apabila gadis-gadis ini turut meraih perhatian daripada hadirin, selain pengantin.
Yang menjadi isunya, mereka ini kadang kala terkeluar daripada adat dan budaya Melayu itu sendiri yang penuh dengan kesopanan dan juga kesantunan.
Sebaliknya, gadis bridesmaid ini tanpa segan silu mengenakan pakaian yang ketat, lalu menonjolkan bahagian-bahagian seksi mereka.
Seperti yang dipaparkan melalui laman sosial ini. Pakaian baju kurung moden digayakan dengan sangat ketat sehingga terbonjol punggung dan juga garisan seluar dalam.
Sudahlah begitu, lelemak degil di bahagian pinggang juga seakan mengucap selamat datang kepada para tetamu.
Ia turut mendapat reaksi di kalangan netizen yang nyata berasa malu dan juga sedih dengan situasi yang berlaku.
"Kalau ternampak ladies pakai baju balut badan camni sejujurnya kita olak yang rasa malu.."
"Juadah yang biasa dihidangkan waktu kenduri kahwin selain ayam masak merah, kurma daging, nasi minyak.."
Mungkin dalam keghairahan menyambut hari bahagia si teman baik, gadis bridesmaid terlupa seketika dengan etika pemakaian terutama pada majlis berunsur tradisi.
Tak salah bergaya, cuma ingat batasannya ya ladies. Yang penting, jangan malukan diri sendiri yang akhirnya terpalit pada keluarga, agama dan bangsa anda. - CARI Infonet
|