CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3242|Reply: 7

Mengenali Perbezaan Otak Lelaki Dan Perempuan, 99.9% Tepat

[Copy link]
Post time 9-3-2016 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ





Otak merupakan pusat yang mengendalikan semua fungsi tubuh. Yang membezakan manusia dan haiwan yang sama-sama mempunyai otak adalah AKAL. Kerana itu otak dianggap sebagai satu anugerah yang tidak terhingga yang perlu dijaga sebaik mungkin. Otak yang sihat akan memberi kesihatan badan dan kehidupan yang sihat.


Sejak azali lagi, otak manusia tercipta berbeza antara lelaki dan perempuan. Mari kita lihat apakah perbezaan itu.






Memandu
Semasa memandu kereta, lelaki boleh memandu dengan keadaan laju kerana dia dapat melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh dan serta-merta mengklasifikasi kelajuan objek/ kenderaan itu. Akan tetapi lelaki hanya boleh fokus pada suatu perkara sahaja seperti tumpuan pada memandu. Perempuan pula mengambil masa yang lama untuk mengetahui kelajuan dan arah sesuatu objek kenderaan. Walau bagaimanapun perempuan mampu untuk memberi tumpuan kepada perkara lain selain memandu.






Menipu
Otak wanita secara semula jadi dapat mengetahui 70% ekspresi wajah lelaki yang menipu , 20% pergerakan tubuh badan dan dapat mengetahui 10% apa yang keluar dari mulut lelaki apabila menipu. Otak lelaki pula tidak dapat mengetahui secara jelas apabila seseorang perempuan menipu. Akan tetapi lelaki mempunyai kemampuan untuk mencari helah menipu.







Tidak Puas Hati
Jika wanita tidak berpuas hati dengan hubungan, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada kerjaya. Jika lelaki tidak berpuas hati dengan kerjaya, mereka tidak boleh menumpukan perhatian kepada hubungan.







Pengurusan Emosi
Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula suka bertindak tanpa berfikir.







Kepintaran
Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita.







Menyelesaikan Masalah
Sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai banyak masalah, mereka akan mencari jalan untuk menyelesaikannya dengan cara tersendiri dan akan bertindak menyelesaikannya satu demi satu. Sekiranya seseorang perempuan itu mempunyai masalah, mereka akan mencari individu untuk meluah dan akan menenangkan fikirannya dengan cara menyendirikan diri. Mereka akan menyelesaikan masalah apabila ada sesuatu panduan.





Banyak persamaan tentang apa yang dinyatakan diatas, walaupun tidak lah seratus peratus. Betul tak? - CARI Infonet.










Sumber - apakatamuizmukhtar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 06:26 PM | Show all posts
sedap tu kata laki suka menipu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 08:29 AM | Show all posts
tukang mandi kata, laki tak banyak dosa so jenazah dorg lebih senang dimandikan daripada jenazah pempuan.

tah. tukang mandi yang cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 10:40 AM | Show all posts
maklumat yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 05:12 PM | Show all posts
bab menyelesaikan masalah tu,
memang betul..... i akan tido/dengar lagu kejap, bertenang..then baru settle kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 01:42 PM | Show all posts
Wanita banyak bercakap tanpa berfikir. Lelaki pula suka bertindak tanpa berfikir.


haha. betul kot ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2016 12:07 PM | Show all posts
"Otak wanita bersaiz lebih kecil daripada lelaki. Akan tetapi wanita mempunyai kepintaran 3% lebih daripada lelaki. Lelaki pula mempunyai saiz otak yang besar dan mempunyai 4 bilion lebih banyak sel berbanding otak wanita"


Menarik statement ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 10:52 AM | Show all posts
menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.594762 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list