View: 2941|Reply: 3
|
Jutaan Saksi Gerhana Matahari Di 12 Wilayah Indonesia
[Copy link]
|
|
sumber foto : http://luarangkasa.info/
sumber foto : www.bharian.com.my
Semalam, jutaan orang termasuk para pelancong asing mengambil peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku di 12 wilayah di Indonesia.
Siaran televisyen tempatan yang membuat siaran langsung di wilayah-wilayah berkenaan melaporkan orang ramai mengambil kesempatan sempena hari cuti umum hari ini untuk berada di kawasan lapangan seawal jam 5 pagi waktu tempatan.
Pulau Belitong di Sumatera Timur adalah daerah pertama di Indonesia yang menjadi gelap gelita selama kira-kira satu minit akibat gerhana matahari penuh dan fenomena itu disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan.
Hari ini adalah Hari Nyepi yang disambut penganut Hindu di Indonesia terutamanya penduduk di Bali yang memberhentikan sementara semua aktiviti ekonomi dan sosial selama 24 jam.
Umat Islam pula beramai-ramai menunaikan solat sunat gerhana yang dianjurkan di masjid-masjid termasuk Masjid Istiqlal di kota Jakarta pada kira-kira 7 pagi tadi dan mereka melaungkan takbir "Allahu Akbar" sebaik berlakunya gerhana matahari itu.
Sementara itu di Jakarta, orang ramai membanjiri Planeterium di Taman Ismail Marzuki di sini bagi melihat fenomena gerhana matahari yang ditayangkan dalam sebuah skrin besar.- CARI Infonet
sumber berita : http://www.bharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
memang peristiwa gerhana ni sangat awe inspiring kpd yg sedar diri |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah |
|
|
|
|
|
|
| |
|