CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1667|Reply: 1

[Tempatan] {20} Berita Palsu: Bernama Terengganu Buat Laporan Polis!

[Copy link]
Post time 11-3-2016 10:16 PM | Show all posts |Read mode
                Berita Palsu: Bernama Terengganu Buat Laporan Polis                                 KUALA TERENGGANU, 11 Mac (Bernama) --  Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu yang mengaitkan agensi itu dengan Pergerakan Puteri UMNO Terengganu.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Biro Bernama Terengganu Zalina Maizan Engah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Menurut pegawai siasatan polis, laporan polis berhubung berita palsu itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut, katanya kepada pemberita di sini.

Berita yang kononnya dikeluarkan oleh Bernama tersebar menerusi laman sosial Facebook, Twitter, WhatsApp dan portal itu adalah berhubung dakwaan pelantikan Datuk Rosli Mat Hassan, bekas Ketua UMNO Bahagian Dungun sebagai penasihat pergerakan Puteri UMNO.

Zalina Maizan berkata tindakannya itu dibuat bagi membersihkan nama Bernama sebagai agensi berita yang dipercayai di dalam dan luar negara serta memberi pengajaran kepada pihak yang tidak menitikberatkan etika kewartawanan.

"Pihak portal khususnya yang mempunyai ramai pembaca sepatutnya lebih menjaga sumber berita dan tidak mengambil maklumat daripada laman sosial yang belum tentu kesahihannya.

"Bernama juga telah menghubungi individu yang dikatakan memberi maklumat kepada Bernama iaitu Datuk Rosli Mat Hassan, bekas Ketua Umno Bahagian Dungun sehingga terhasilnya berita tersebut, namun beliau menafikan memberi kenyataan itu.

"Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menyebarkan berita palsu sebegini boleh memburukkan nama baik Bernama. Amat tidak sesuai dalam keadaan politik di Terengganu sekarang, jika ada pihak yang cuba menjadikan media sebagai strategi peribadi," katanya.

Beliau berharap laporan polis itu dapat menjernihkan keadaan dan sebagai amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa Bernama tidak memandang ringan dalam isu sedemikian.

-- BERNAMA        
       
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2016 09:51 AM | Show all posts
umno xslh sb ia bukn  mnusia.muahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.156320 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list