Tweet Yuna Ditegur Peminat Minta Berbahasa Melayu Cetus Perhatian Permaisuri Johor!
Beberapa hari lalu, Tweet Yuna telah ditegur seorang peminat yang meminta beliau untuk berbahasa melayu. Bagaimanapun dia telah membidas secara lembut komen peminat itu
Apa yang menarik, Tweet yang ditulis menggunakan loghat Perak itu telah mendapat perhatian Permaisuri Johor, Tuanku Zarith Sofiah Idris.
Baginda bersetuju dengan Yuna bahawa penggunaan bahasa Inggeris untuk membolehkan kita berkongsi pandangan, idea dan pendapat dengan orang lain yang faham bahasa itu.
I agree with Yuna : we write or speak in English because we want to share our thoughts, ideas and opinions with a lot more people who may be reading what weve written, tulis Tuanku Zarith Sofia.
Malah baginda turut menulis dalam loghat Perak seperti mana yang dilakukan penyanyi itu.
Betoi tu, Yuna. Kite cakap oghang puteh bukan pase kita tak reti cakap Melayu ato tak nak cakap Melayu tapi pase kita nak oghang lain tau apa yang kita pikior. Ini kan dah zaman global, tulis baginda.
Tuanku Zarith Sofia membuat komen itu bagi menyokong kenyataan Yuna bahawa dia menggunakan bahasa Inggeris supaya satu dunia faham lirik lagu yang dinyanyikan.
Ate speaking le bior deme 1dunia paham. Takkan nak bagi orang Melayu aje paham. Kamu ni kedekut bebenor, tweet Yuna pada 11 Mac lalu.
Tweetnya itu bagi membalas komen seorang pemilik Twitter menggunakan nama @encikkhuzairi yang menulis hai @yunamusic awak ni asyik speaking aje, cer cakap Melayu skit.
|