View: 2499|Reply: 2
|
Menu Western Paling Mudah, Dory Grilled Je!
[Copy link]
|
|
Oleh AdibZA
(Sumber foto: Carian google)
Mencari-cari menu makanan Barat yang mudah disediakan?
Ikan dory yang dipanggang adalah jawapannya. Ikan ini tersedia dalam bentuk fillet.
Hanya sapukan dengan beberapa bahan, kemudian panggang dalam kuali. Memang mudah, jom lihat resipi ini:
Bahan-bahan:
3 keping fillet dory
1 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit tepung gandum
50g mentega
2 ulas bawang putih
1/2 biji lemon
garam
1 sudu olive oil
Kentang - basuh bersih dan rebus hingga empuk.
Lobak - rebus dgn sedikit air
Brocolli
Cara-cara:
Basuh kepingan ikan dan lapkan dengan kitchen paper.
Perapkan ikan dengan bawang putih yang ditumbuk dengan sedikit garam. Taburkan sedikit tepung gandum di atas ikan dan buangkan lebihan tepung. Biarkan ikan selama 30 minit.
Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang putih yang dicincang halus dan secubit garam. Kacau hingga naik bau dan ketepikan.
Dengan menggunakan api yang sederhana, panaskan grilled pan dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan kepingan ikan dory dan biarkan masak 4-5 minit.
Terbalikkan kepingan ikan dory dengan perlahan. Masak 4-5 minit. Masukkan cairan mentega bawang putih tadi dan perah lemon di atas ikan. Angkat ikan.
Grill kan kentang yang telah direbus dan dibelah empat di atas pan yg sama. Taburkan sedikit parsley kering. Balik-balikkan sehingga berwarna keemasan dan angkat.
Hidangkan ikan bersama kentang dan sayuran rebus.- CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Dapur Driyadh |
|
|
|
|
|
|
|
mmg mudah dan x de kolestrol |
|
|
|
|
|
|
| |
|