CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2056|Reply: 2

Ingin Menang Telefon Pintar Terbaru Jenama Flash?

[Copy link]
Post time 15-3-2016 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Akhir tahun lalu menyaksikan jenama telefon pintar terkemuka, Flash telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Flash 2 dan memulakan trend global ‘mobigraph’ yang terhasil kerana kehebatan kamera telefon pintar tersebut.
Untuk meraikan kejayaan Flash yang telah menjadi jenama terbaik untuk telefon pintar pada harga lingkungan USD 100 sehingga USD 150, satu majlis bersama peminat telah diadakan di Puchong, hari ini.
Lebih 30 ahli laman Facebook Flash Malaysia telah dipilih untuk menyertai majlis berkenaan. Selain dapat beramah mesra dengan peneraju disebalik kejayaan Flash, mereka juga dapat diberikan penerangan oleh pakar berkenaan beberapa tips dalam fotografi.
Menurut Encik Yogi Babria, Pengarah Pembangunan Perniagaan Flash, “Flash 2 telah melangkaui jangkaan dan merupakan satu kejayaan besar di rantau Asia Tenggara. Pengguna kami sangat teruja menggunakan Flash 2 dan mereka kini berpeluang untuk mengetahui lebih ciri-ciri Flash 2 yang menarik daripada pakar. Inilah sebab mengapa kami cuba membina satu komuniti Flash dan ingin terus berhubung secara langsung dengan mereka. Majlis ini adalah satu permulaan bagi komuniti Flash dan akan ada lebih banyak lagi pada masa akan datang.”
Bagi menghangatkan lagi suasana sebelum pelancaran produk terbaru Flash dalam masa terdekat, satu pertandingan fotografi ‘Life With Metal’ sedang berjalan dari 10/Mac/2016 sehingga 20/Mac/2016. Pertandingan ini didakan pada peringkat global dan penyertaan dijangka akan bertambah meriah sebelum tarikh tutup tiba. Untuk maklumat, sila layari http://www.flash3c.com/my/life-with-metal/.
Untuk menyertai, anda harus memuat naik foto yang kreatif dengan kombinasi unsur metal (besi) dengan kehidupan dan kerja.  Penyertaan haruslah dalam format EXIF dan untuk mereka yang mahu memuat naik foto di laman sesawang rasmi Flash, denagn saiz foto 2MB ke atas. Sebarang pembelian produk Flash tidak diperlukan.

Penggunaan alat pengubahsuaian foto seperti Photoshop adalah dilarang sama sekali. Hanya foto asli dan bukan penghasilan semula, layak untuk menyertai pertandingan ini.

Peserta boleh menghantar penyertaan mereka di Facebook, Instagram, atau pun ke komuniti Flash di laman sesawang rasmi Flash. Jangan lupa untuk sertakan hashtag #lifewithmetalmy dan juga tajuk fotografi berkenaan beserta pautan ke laman sesawang Flash (flash3c.com/life-with-metal). Apa yang penting, pastikan foto anda boleh dilihat oleh umum.

“Flash akan memilih 10 foto paling kreatif dari semua negara dan akan dipaparkan ketika sidang produk Flash. Satu foto paling unik akan dipilih daripada kesemua 10 yang dipamerkan dan akan memenangi telefon pintar terbaru Flash. Walaubagaimanapun, kesemua foto yang dipamerkan ketika sidang produk berkenaan akan menerima hadiah khas daripada pihak penganjur. Jadi jangan tunggu lagi, mulakan penyertaan #lifewithmetal anda,” jelas Encik Yogi Babria.

Untuk terma dan syarat, sila layari :

http://www.flash3c.com/my/life-with-metal/

Jadi, mulakan langkah kreatif anda dan hasilkan versi Life with Metal anda sendiri!

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang :
http://www.flash3c.com/my



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2016 12:31 PM | Show all posts
alcatel ke flash ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2016 12:50 PM | Show all posts

yup betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.338396 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list