Sajian yang merupakan makanan bagi suku kaum Kadazan Dusun ini berasaskan ikan air tawar dan herba dari hutan. Ia disediakan ketika Pesta Keamatan yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun. Tuhau adalah sejenis herba berbatng lembut yang dikenali dengan nama 'cepus' di utara semenanjung Malaysia.
150 ml air
Daun tintap
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
Bahan hiris :
4 tangkai daun bawang
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sm halia
Cara membuat:
1) Alas dasar periuk dengan daun tintap atau daun pisang atau pucuk ubi
2) Susun separuh nenas di atasnya
3) Lumur ikan dengan garam, serbuk lada hitam, tuhau dan bahan hiris kecuali daun bawang
4) Atur nenas di atasnya dan tuangkan air
5) Tutup periuk dan masak atas api perlahan sehingga ikan masak - CARI Infonet