Edited by CARI-IIN at 15-3-2016 06:31 PM
Artikel Oleh Izzah Abbasy | Video Oleh Izzah Abbasy & FirdausZ | Suntingan Visual FirdausZ
Menurut laporan bertajuk State of Internet 2015 oleh Akamai, Malaysia berada di tempat ke-73 dengan kelajuan purata 4.9 Mbps. Ini adalah di bawah purata kelajuan global iaitu 5.1 Mbps. Dari segi penggunaan 52% pengguna Malaysia menikmati kelajuan Internet pada kelajuan melebihi 4 Mbps.
Korea Selatan muncul sebagai negara dengan kelajuan purata Internet terpantas dengan 20.5 Mbps. Bagi negara rantau ASEAN, Singapura adalah negara terpantas dengan purata kelajuan 12.5 Mbps diikuti pula oleh Thailand dengan purata kelajuan 8.2 Mbps.
Itu baru kelajuan Internet. Harga caj langganan Internet di Malaysia pula adalah 5 hingga 10 kali ganda lebih mahal berbanding negara-negara maju seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura yang turut menawarkan kadar harga internet dan jalur lebar lebih rendah berbanding Malaysia.
Untuk pengetahuan, kelajuan WiFi di KLIA pula baru sahaja dinobatkan sebagai ketiga terpantas di dunia.
Namun, bagaimana pula dengan kelajuan purata Internet di Malaysia yang dikatakan sangat perlahan dan pakej yang ditawarkan juga sangat mahal? - CARI Infonet |