Oleh Adib ZA
Berapa kali sehari kita menghakimi orang itu dan ini? Mungkin tak terkira banyaknya. Tak dinafikan budaya menghakimi kini semakin merebak di kalangan masyarakat kita.
Lebih-lebih lagi apabila melibatkan laman sosial yang tiada had untuk meluahkan apa sahaja pendapat seseorang itu.
Seperti yang dilihat di atas, dua keping gambar pramugari tempatan dilihat sedang mengerjakan solat ketika dalam penerbangan.
Di kala ini pula berapa ramai yang menganggap wanita berpakaian singkat sedemikian bukan seorang yang baik dalam agamanya?
Dalam status yang dimuat naik itu, netizen tersebut meluahkan rasa tak faham mengapa terlalu ramai orang di luar sana yang menjadi juri tentang kehidupan orang lain.
"Saya tidak tahu tentang anda namun saya sesekali tidak pernah menganggap yang tak baik pada mereka yang merokok, minum dan ke kelab tiap minggu.."
Dia juga menyatakan terpaksa berpakaian ketat dan singkat atas faktor kerja namun dia sentiasa memohon keampunan daripada Tuhan.
"Kita semua manusia, mengapa kita nak menghakimi orang lain?" ujarnya yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
Mungkin dengan cara memuat naik gambar sedemikian, baru orang di luar sana menutup mulut mereka daripada terus berkata yang buruk tentang profesion mahupun diri seseorang.
Apa kata anda? Adakah sampai perlu kita menunjukkan segala kebaikan agar mereka yang menjadi 'hakim' ini buka minda dan tutup mulut? - CARI Infonet
|