CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2389|Reply: 19

Pelajar Tahun Enam Muncul Juara Muay Thai Dunia

[Copy link]
Post time 17-3-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode





sumber foto: http://www.bharian.com.my/





Seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Bukit Gantang melakar sejarah apabila mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia di Bangkok, Thailand.




Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A'Zamin muncul juara kategori itu selepas menundukkan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn dalam perlawanan akhir pada Selasa lalu.




Menurut ayah Iskandar Zulqarnain, Mohamad Ezry A'Zamin Abdul Wahab beliau dimaklumkan mengenai kejayaan anaknya itu oleh Presiden Muay Thai Malaysia Nooramain Kaw Abdullah.




"Lebih membanggakan apabila diberitahu lawan anak saya memiliki fizikal lebih tinggi selain lebih berpengalaman memandangkan Muay Thai memang sudah sebati dalam kalangan masyarakat Thailand."




Mohamad Ezry A'Zamin yang juga jurulatih sukan Muay Thai berkata kejayaan anaknya itu hasil kesungguhan semasa berlatih dan ia pastinya akan menyuntik semangat Iskandar Zulqarnain untuk terus berjaya.




Iskandar Zulqarnain yang dijadual pulang ke Perak Sabtu ini akan menyertai kejohanan Muay Thai di Eropah Mei depan.





Sementara itu, tahniah buat atlet Muay Thai negara kerana menampilkan aksi terpuji pada Festival Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa Thai apabila meraih empat pingat emas dan dua perak pada hari terakhir kejohanan itu semalam. - CARI Infonet










sumber berita: Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 10:22 AM | Show all posts
tahniah dik
arak macam tu je ker
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 10:24 AM | Show all posts
ad_hoc79 replied at 17-3-2016 10:22 AM
tahniah dik
arak macam tu je ker

tu pic sebelum g rsenye

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 11:17 AM | Show all posts

ye ke?
aku rasa patut diwar2kan kemenangan adik ni.
peringkat dunia tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 12:19 PM | Show all posts
Tahniah adik!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2016 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaa hebat...sempat jg menyelit nama sekolahnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 02:07 PM | Show all posts
salute dan tahniah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Topik dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 04:33 PM | Show all posts
panjang nya nama adik ni, sama juga dgn nama sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 04:37 PM | Show all posts
yg budak blkg jalur gemilang tu ke? Kecik lg
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Muay thai tpi peserta malaysia mng. Mcm kes sepak takraw.. thai menguasai pdahal tu sukan tradisi kita
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangge Yeop dgn pencapaian oghang Tepen. Teman dulu ngaji kt Sekolah Menengah Tengku Menteri Changkat Jering, dekat jer dgn Sek Kebangsaan ni.
Oghang Peghok handei2 blake berkat makan poyak doghoyan. Ddk pun kt Dinding,dlm Parit, mengelitior dlm Lumut,  dlm Batu Gajah pun ade,sementelahan kt dlm teluk Intan pun ade. Ape ke he nye Aiman x kisah pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
boyagombak replied at 18-3-2016 02:19 AM
Bangge Yeop dgn pencapaian oghang Tepen. Teman dulu ngaji kt Sekolah Menengah Tengku Menteri Changka ...

Orang perak memang hebat..rani kulup dan raja bomoh pun orang perak juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 07:17 PM | Show all posts
Thread dah ada.
@admin6

Comments

apa link?  Post time 21-3-2016 12:06 PM
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 18-3-2016 07:17 PM
Thread dah ada.
@admin6

Kalau  wartawan/editor bukak thread yg dh ade boleh tutup jgk eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2016 07:32 PM | Show all posts
Glass_shoes replied at 18-3-2016 07:31 PM
Kalau  wartawan/editor bukak thread yg dh ade boleh tutup jgk eh?

Momod tak dapat tutup thread yang dibuka oleh Wartawan Cari.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 18-3-2016 07:32 PM
Momod tak dapat tutup thread yang dibuka oleh Wartawan Cari.

Erkk..ok
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 07:37 PM | Show all posts
bless him an tahniah.

kalau tak salah ini muay thai ni boxing atau salah satu seni mempertahankan diri , kan?

apa apa pun, saya sebenarnya agak bimbang dengan sukan mempertahankan diri yg mana impak kecederaan kepala akibat hantukan tu dalam jangka masa panjang.

harapnya ada kot pihak yg mungkin ambil inisiatif dalam memana jawatankuasa untuk menilai  kesan impak sukan yg ada elemen kecederaan di kepala ni lah. collaborate dengan pihak lain pun okay.


kalau nak involved ko kurikulum pun masuklah aktiviti yg low impact tapi membina daya penumpuan, information processing , dan koordinasi persepsi dan otot / motor control.

swimming is good - low impact ,  berkuda is good - coordination , memanah is good. chess is good as well.
atau sukan yg lain, yg low injury impact.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.066663 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list