Oleh Adib ZA
Terpanggil juga untuk mengutarakan tajuk ini. Berapa ramai antara kita yang menunjukkan rasa hormat pada pekerja asing yang berada di sekeliling kita.
Cukup sebagai contoh, pembantu rumah dan juga tukang cuci di pejabat. Sebenarnya ramai yang terlupa mereka juga manusia biasa, dan kita juga manusia biasa. Tiada apa yang lebih istimewanya kita daripada mereka.
Satu perkongsian yang dimuatnaik di laman sosial oleh netizen bernama WaiKin Phan menyentuh soal diskriminasi yang dilakukan oleh rakyat Malaysia terhadap pekerja asing di negara ini.
Kemarahan masyarakat terhadap lambakan PATI dan pekerja asing memang diketahui tak terbendung lagi. Ini ditambah dengan pelbagai kes jenayah yang dilakukan oleh golongan tersebut, seolah membuat 'tahi' di negara ini.
Namun, dalam pada itu tak semestinya semua bibik, amah atau pekerja asing ini 'jahat-jahat' belaka. Seperti yang dikongsikan netizen ini, dia sempat berbual dengan seorang tukang cuci di tempat belajarnya.
Wanita tukang cuci itu terpaksa bekerja berhempas pulas 12 jam sehari selama 6 hari seminggu dan berkorban meninggalkan anak kecil, demi menyara hidup.
Ceritanya, wanita ini pernah dituduh mencuri selepas bertindak memulangkan sebuah dompet yang dijumpainya. Wanita itu berkata, dia tak mungkin memulangkan dompat itu jika dia yang mencurinya.
Netizen ini, Phan mengajak rakyat Malaysia agar singkirkan sikap diskriminasi ini dan sebaliknya rasa lebih bersyukur dengan apa yang dimiliki kita di negara ini.
Cuba senyum sikit, boleh kan? - CARI Infonet
Sumber: thecoverage.my
|