CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5351|Reply: 11

'Jambu' Sangat! Tapi, Tahu Tak Kenapa Lelaki Perlu Pakai Pink?

[Copy link]
Post time 17-3-2016 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Pink atau merah jambu biasanya menjadi kegilaan dan sangat sesuai dengan wanita umumnya. Daripada bayi lagi segala peralatan yang disediakan oleh mak ayah kita pastinya berwarna pink jika anak perempuan.

Warna pink ini dikatakan memiliki sifat lembut yang sering dikaitkan dengan personaliti wanita.

Biasa dengar tak bila pengantin memakai persalinan 'pink' pasti ada mulut-mulut berbunyi "sayang binilah tu, pakai pink". Hehehe

Anda jangan tak tahu, warna merah 'pink' (merah + putih) ini juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW kerana warna 'pink' banyak dikaitkan dengan kasih sayang. Sehinggakan Rasulullah SAW sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira "Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus.

Jadi, selepas ini lelaki tak perlulah ragu-ragu lagi untuk memakai warna 'pink' ini. Ia juga sebahagian daripada sunnah. - CARI Infonet


Baca fakta dibawah tentang Lelaki dan Pink

1. Pink itu (Gembira) !

Maknanya pengguna pink itu gembira dan ini bermakna pemakainya sentiasa ceria dan gembira menjalani kehidupannya.


2. Pink itu Metroseksual

Arus kemodenan seiring berjalan dengan pemikiran manusia yang berubah mengikut zaman. Tiada lagi pink diwajibkan untuk perempuan dan biru diwajibkan dengan lelaki. Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ia tidak melanggar batas agama dan manusia. Dunia urban untuk lelaki metroseksual. Dan jangan salah anggap dengan seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej dan gaya.


3. Pink itu Maskulin

Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya. Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi. Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka. Apa guna maksud maskulin itu sendiri yang cukup mendalam, kemas, kualiti dan tulin jika tidak dipergunakan.































Kredit : Saja Kongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
suka bila lelaki pakai warna pink..hee
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 03:03 PM | Show all posts
tengok gambo atas atas atas ... ok la, not bad men wearing pink
bila sampai yg last tu.. gulp!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 03:14 PM | Show all posts
biio pake pink,janjji x  mngunyit
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau berwajah kacak, pakai kain kafan pun nampak smart. Tapi kalau Ijoy atau Faiz pakai pink, boleh jadi mimpi ngeri 3 malam berturut!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2016 03:53 PM | Show all posts
kalau dah elok, ensem, pakai ape earna pon nampak elok, smart...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2016 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ow encik najib pun suka pki baju golf tee pink. Bj melayu pink. Metroseksual ok
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2016 03:33 PM | Show all posts
klu berkerakkk muka mcm rani kulop xyahla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2016 01:52 AM | Show all posts
Sekali sekala kena la mencuba sesuatu yg baru...
Tapi gambar yg last tu buat ai tepuk dahi
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2016 09:35 AM | Show all posts
ok jer lelaki pakai pink kalo kene caranye. nampak sisi 'gentle' lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 08:47 AM | Show all posts
kalau baju pink no hal lagi ...tapi kalau kelengkapan lain pun warna pink...adoi..paying pink, baldi pink, berus gigi pink, cover henpon pink, wallet pink, ko rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:04 PM | Show all posts
Tiada isu dengan warna pakaian lelaki dan perempuan. Terpulang pada masing2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059750 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list