BINTANG terkenal Hollywood iaitu Orlando Bloom dilaporkan telah memperkenalkan teman wanitanya yang juga penyanyi Katy Perry kepada ibunya.
Mirror melaporkan Katy sanggup terbang ke London dari Los Angeles mengikuti kekasihnya itu dan berjumpa dengan ibu Orlando di sebuah restoran mewah di Buckinghamshire. Pasangan itu hadir dengan gaya sederhana pada pertemuaan berkenaan kerana bimbang menjadi perhatian peminat.
"Mereka kelihatan gembira dan banyak bergelak ketawa pada pertemuan tersebut.
"Ibu Orlando begitu sukakan Katy biarpun baru kali pertama bertemu dengannya," kata sumber.
|