Oleh kerana ibu mengandung ini akan mengalami perubahan hormon yang pesat serta ketidak seimbangan nutrien didalam badan yang berlaku, pastinya mereka akan mengalami sindrom loya.
Deria bau mereka juga meningkat dan bau kurang menyenangkan akan cepat dirasai oleh ibu mengandung.
Keadaan ini biasanya dialami oleh ibu seawal minggu ke 6 dan berakhir hingga minggu ke 14.
Jika anda tak gemar asam, dan juga oleh kerana tiada khasiat didalam asam, apa kata anda ubah petua hilangkan loya anda dengan petua berikut.
1. Lemon
Perah sedikit lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk.
2. Halia
Hiris nipis ke dalam teh anda.
3. Daun pudina
Tambah daun pudina ke dalam minuman anda (minuman suma) dan dibiarkan seketika.
4. Vitamin B6
Cadangan 10-25mg dan tidak lebih 75mg sehari.
5. Makan dengan kerap namun sedikit
Jangan biarkan perut anda kosong kerana memberi kesan kepada bayi anda.
6. Elakkan mereka yang tak disukai
Petua ini walaupun agak ganjil, namun dengan mengelak daripada bersemuka dengan orang yang anda tidak gemar, mengurangkan loya anda.