CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23339|Reply: 192

Tokti Tidak Akan Lupa Jasa Adnan Tumpangkan Bilik

[Copy link]
Post time 21-3-2016 09:43 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak akan melupakan jasa baik komposer terkenal Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang bertanggungjawab meletakkan karier seninya pada tahap hari ini.
Siti, 37, turut mengimbau kenangan dia pernah menumpang di sebuah bilik rumah Adnan atau digelarnya sebagai Abang D ketika baharu bergelar sebagai penyanyi.

"Saya teringat pernah menumpang di rumahnya ketika baru jadi artis dan Abang D bagi saya tidur di sebuah bilik kosong di rumahnya serta menjaga makan minum saya.

"Ketika itu arwah baharu sahaja berkahwin dan saya tidak akan lupakan kebaikkannya itu sampai ke akhir hayat," katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal di sini pada Jumaat.

Terdahulu, Adnan, 57, meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 pagi Jumaat akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah buah pinggang dan serangan angin ahmar.
Adnan meninggal dunia pada pagi Jumaat.
Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang, pada pukul 2 pagi Khamis.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia terharu dengan kesudian Adnan yang sanggup meluangkan masa untuk memimpin kumpulan pemuzik menerusi lagu Jerat Percintaandan Azimat Cinta ketika konsert umpluggednya pada April tahun lalu.

Kata Siti, meskipun ketika itu kesihatan Adnan sudah merosot namun arwah tetap bersemangat untuk mengiringi persembahannya dan ia adalah antara momen terbaik dalam hidupnya.

"Saya berasa puas kerana sempat mengadakan persembahan bersama-sama pada konsert berkenaan kerana semangatnya cukup kuat meskipun sedang menanggung kesakitan.

"Abang D akan terus menjadi inspirasi kepada ramai penyanyi dan masyarakat secara umumnya kerana legasi ditinggalkan cukup besar," jelasnya.

ADVERTISEMENT





Adnan ketika hadir ke Konsert Unplugged Datuk Siti Nurhaliza untuk mengiringi persembahan penyanyi itu.
Sementara itu, Siti berkata, dia berasa sayu apabila menatap wajah Adnan buat kali terakhir ketika jenazah dibawa ke Masjid Al-Falah dekat sini namun reda dengan pemergiaan itu.

"Alhamdulillah wajahnya jernih dan tersenyum. Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada Abang D selain terpilih dijemput pada hari Jumaat yang mulia.

"Sebagai individu yang rapat dengannya biarpun sedih akan kehilangannya saya reda dengan ketentuan-Nya kerana Allah lebih sayangkan dia," katanya.

Dalam perkembangan sama, penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilemaciptaan Adnan iaitu Nora terkilan apabila perancangan Adnan untuk mengadakan sebuah konsert menghimpunkan anak didiknya tidak dapat dilaksanakan ketika hayatnya.

Bagaimanapun kata Nora, dia berharap persembahan itu dapat diadakan pada masa hadapan sebagai tribute kepada komposer tersebut.

Nora Ariffin


"Ketika Abang D memberitahu tentang perancangannya itu saya teruja tetapi kesihatannya yang merosot membuatkan ia tidak dapat dilaksanakan.

"Harap-harap ada pihak sudi untuk mengadakan konsert berkenaan sebagai mengimbau kembali jasa arwah kepada industri.

"Beliau bukan sahaja seorang komposer tetapi juga ada magik untuk menaikkan seseorang artis dan sentuhannya sentiasa menjadi kegemaran pendengar," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 09:46 AM | Show all posts
Edited by taksukapeanut at 21-3-2016 09:56 AM

takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 09:54 AM | Show all posts
salam takziah ata skehilangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 10:26 AM | Show all posts
alfatihah... alhamdulillah tak lupa jasa arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:03 AM | Show all posts
salm takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Arwah boleh dikatakan antara individu penting masa tokti tgh mencipta nama. Teringat kisah arwah hantar tokti gi show naik motor sbb tokti dah lambat masa tu.
Semoga Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan diberikan ganjaran syurga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2016 11:42 AM | Show all posts
arwah mmg byk jasa dalam menaikkan nama siti.. mmg patut siti xleh lupa akan segala kebaikkan arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:44 AM | Show all posts
Iols ada terbaca Tok Ti cakap naik motor sesama??

Meaning that saing naik motor OR membonceng?? Xkan abg Ayie bagi kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 11:47 AM | Show all posts
katibism replied at 21-3-2016 11:44 AM
Iols ada terbaca Tok Ti cakap naik motor sesama??

Meaning that saing naik motor OR membonceng?? X ...

xkn naik ngn tok nan pon x bgi kot..masa tu ayie pon ada kaki 2 belah jer, nk nyombong sangat xkan nk menapak ke tmpat show...x gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 11:56 AM | Show all posts
elok le ingat jasa orang yg banyak berjasa pada kejayaan kita.. kan2...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk benang mengundang kontroversi
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:53 PM | Show all posts
lagu2 arwah mmg biasanya akan jadi super duper hit menaikkan penyanyi. Macam ada aura kat situ....lagu2 melankolik yang biasa tetapi bukan biasa....paham tak?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat balik kisah tokti selalu deting zamani kt keramat ms duduk dgn arwah. Lps ayie kawen dgn rozie..tokti kena duduk dgn ayie. Mula la episod sedih cinta terhalang dan segala menda kena kontrol
Ada org cerita..nampak tokti termenung sedih di koridor rumah ayie.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:00 PM | Show all posts
tajuk thread tak menahan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 21-3-2016 12:57 PM
Teringat balik kisah tokti selalu deting zamani kt keramat ms duduk dgn arwah. Lps ayie kawen dgn ro ...

Amboi detailnya source uols tu... huhu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:22 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 21-3-2016 04:57 AM
Teringat balik kisah tokti selalu deting zamani kt keramat ms duduk dgn arwah. Lps ayie kawen dgn ro ...

lol..termenung tepi koridor.. motif..ada masa ke die dulu2.. tgh top2..bukan show kiri kanan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 01:27 PM | Show all posts
dewimalam78 replied at 21-3-2016 12:57 PM
Teringat balik kisah tokti selalu deting zamani kt keramat ms duduk dgn arwah. Lps ayie kawen dgn ro ...

rumah arwah abg dee kat keramat ke masa tu?

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:43 PM | Show all posts
alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 21-3-2016 01:22 PM
lol..termenung tepi koridor.. motif..ada masa ke die dulu2.. tgh top2..bukan show kiri kanan ..

Meols yaqqqinnn time tok ti top top meletop dulu2 chuols & nushrul alif nazimah othman sakan berduet lagu hati kama kat belakang dewan makan asrama khuenn??
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2016 01:47 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 21-3-2016 05:44 AM
Meols yaqqqinnn time tok ti top top meletop dulu2 chuols & nushrul alif nazimah othman sakan berdu ...

kat tengah padang okay!! teringat dulu..die selalu nak jadi kak ani sebab pipi die ala2 kak ani..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066436 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list