CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3109|Reply: 1

10 tahun Twitter: 10 rekod paling ikonik dicatat bersama Twitter

[Copy link]
Post time 21-3-2016 01:15 PM | Show all posts |Read mode
10 tahun Twitter: 10 rekod paling ikonik dicatat bersama TwitterMadiha Abdullah, Astro Awani |                                                 Mac 21, 2016 11:00 MYT                    




                                 Kemenangan Leonardo DiCaprio di Anugerah Akademi Februari lalu merupakan moment dengan retweet terbanyak, iaitu 440,000 retweet dalam masa seminit. - Gambar fail

                            HARI ini, laman sosial Twitter menyambut ulang tahun yang ke-10.

Antara laman sosial terawal muncul, Twitter dilihat berjaya mengatasi pelbagai cabaran untuk kekal relevan, biarpun sudah mencapai usia sedekad.

Mari kita lihat catatan rekod 332 juta pengguna bersama Twitter sepanjang tempoh ini.

1. Kira-kira 500 juta tweet dihantar pengguna setiap hari.

2. Pelakon Ashton Kutcher merupakan individu pertama mencapai pengikut 1 juta pada April, 2009.

3. Individu dengan mention paling banyak di Twitter adalah Justin Bieber, iaitu lebih 950 juta.

4. Individu dengan pengikut teramai adalah penyanyi Katy Perry dengan mencatat rekod 84 juta pengikut.

5. Bandar dengan tag terbanyak ialah Sao Paolo, Brazil iaitu sebanyak 50 juta.

6. Kemenangan Leonardo DiCaprio di Anugerah Akademi Februari lalu merupakan moment dengan retweet terbanyak, iaitu 440,000 retweet dalam masa seminit.

7. Rekod acara dengan retweet terbanyak pula milik perlawanan akhir Piala Dunia 2014, dengan 618,725 retweet dalam masa seminit.

8. Antara hashtag yang paling banyak digunakan adalah #prayforparis (memperingati serangan di Paris pada 2015), #bostonstrong (letupan bom di Boston pada 2013) dan #royalbaby (kelahiran bayi sulung Putera William dan Kate Middleton).

9. Karakter yang paling banyak digunakan sebagai hashtag ialah #ff, iaitu sebanyak 539 juta mention.

10. Emoji paling digemari di Twitter adalah 'tears of joy' atau tangisan kegembiraan dengan kiraan 14. 5 bilion.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2016 02:36 PM | Show all posts
Ooo kesahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057180 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list