CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4939|Reply: 38

[Dunia] Teksi Jakarta mengamuk

[Copy link]
Post time 23-3-2016 10:07 AM | Show all posts |Read mode







Jakarta: Beratus-ratus pemandu teksi membakar tayar dan menghalang lalu lintas di Jakarta semalam selepas tunjuk perasaan bagi membantah perkhidmatan aplikasi teksi dalam talian bertukar menjadi ganas.
Rusuhan juga bertambah buruk apabila penunjuk perasaan menyerang pemandu dan penunggang motosikal yang bekerja dengan syarikat perkhidmatan pengangkutan dalam talian berkenaan.

Kumpulan yang disertai pemandu teksi dari syarikat Blue Bird dan Express Transindo Utama mendesak kerajaan mengharamkan perkhidmatan teksi dalam talian seperti Grab dan Uber.

Perkhidmatan aplikasi teksi dalam talian termasuk teksi motosikal seperti Go-Jek yang lebih murah menyebabkan pendapatan teksi konvensional terjejas teruk.
“Ketika ini hanya ada perkhidmatan teksi yang dibenarkan kerajaan dan perkhidmatan teksi secara haram.
“Kami bukannya tidak mampu bersaing dengan Uber atau Grab tetapi kami mahu mereka mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan,” ,” kata pemandu teksi Express, Mat Ali, 54, ketika berarak menuju ke Parlimen.

Menteri Pengangkutan, Ignasius Jonan berkata, syarikat seperti Uber beroperasi secara haram melainkan mereka mendaftar sebagai pembekal pengangkutan awam dan tertakluk kepada syarat yang sama seperti teksi biasa.
Bagaimanapun, Kementerian Komunikasi yang memantau pembekal aplikasi memberitahu, syarikat itu boleh terus beroperasi.

Kesesakan jalan raya di Jakarta akibat tunjuk perasaan berkenaan menyebabkan ramai penduduk menggunakan media sosial untuk menyatakan kemarahan mereka.
Seorang pegawai Blue Bird, Noni Purnomo berkata, syarikat itu menawarkan perkhidmatan teksi secara percuma selama 24 jam bagi menggantikan perjalanan pelanggan yang tergendala.

“Kami tidak bersetuju atau menyokong tindakan ganas seperti ini,” katanya.
Namun, ramai penduduk di Jakarta menolak tawaran itu di sosial media dengan menggunakan hashtag #NoThanksBluebird.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Indon ni kuat meroyan :zz:zz
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 10:17 AM | Show all posts
itulah perangai caprut ummah pprt indonsial....

kakak senyum sinis jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 10:23 AM | Show all posts
aku penah guna uber neh sekali je setakat neh...itupun satu family nak gi airport pepagi buta.kalo sorang2 sorry la aku nak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 10:25 AM | Show all posts
bangsa suka demo..... kekonon setel problem ngan rosakkan harta benda.... pdhl terlepas fulus hr tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 10:26 AM | Show all posts
ko nak takut apa ngan uber ka... grabcar ka.... bg servis tip top.... ade la pelanggan ttp....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2016 10:32 AM | Show all posts
servis x bagus tp bila ade perkhidmatan lain yg bg servis better than diorg, mau plk marah2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 10:46 AM | Show all posts
*iolsss hanya mampu kunyah2 tempe*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 10:49 AM | Show all posts
Boleh je kalau nk meng"online"kan teksi diorg.. nampak sgt servis grabcar & uber lagi bagus...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:09 AM | Show all posts
sampai sekarang tak pandai guna uber..
guna je la my teksi tu..
nasib baik semua pengalaman ok..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:48 AM | Show all posts
dino replied at 23-3-2016 10:26 AM
ko nak takut apa ngan uber ka... grabcar ka.... bg servis tip top.... ade la pelanggan ttp....

pasnih ojek plak gaduh sama gojek
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut pengalaman guna public transport kat Jakarta, servis bagus baik ojek, angkutan, bajaj or teksi. Application dieorg cam :. Mujur x tetinggal flight.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:55 AM | Show all posts
missinpiece replied at 23-3-2016 11:53 AM
Ikut pengalaman guna public transport kat Jakarta, servis bagus baik ojek, angkutan, bajaj or teksi. ...

taksi blue bird ok..x pnh kena tipu naik taksi biru ni..
tp pernah sekali ternaik taksi putih..mmg kena sembelih
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngan ojek pon pnah kena sembelih..tapi kagum ngan kecekapan dieorg. X trasa pnat shopping
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 11:56 AM | Show all posts
grabcar lagi murah dari teksi..teksi cekik darah ckp dgn pelanggan pun nak marah2..bila dah ada pesaing baru nak mengelupur pakcik2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:13 PM | Show all posts
alesandra replied at 23-3-2016 10:23 AM
aku penah guna uber neh sekali je setakat neh...itupun satu family nak gi airport pepagi buta.kalo s ...

berbaloi kan? aku ade app ni...tapi stakat ni x penah plan nak guna...sbb ade kenderaan sndri..maybe kalau terdesak baru calling uber..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 12:17 PM | Show all posts
kentel replied at 23-3-2016 12:13 PM
berbaloi kan? aku ade app ni...tapi stakat ni x penah plan nak guna...sbb ade kenderaan sndri..may ...

tak taula samada berbaloi atau tak.sbb aku penah naik sekali.aku takut naik sbb atas faktor keselamatan sb aku pompuan.kalo naik sorang2 tu mcm tak berapa konpiden la plak
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:19 PM | Show all posts
kentel replied at 23-3-2016 12:13 PM
berbaloi kan? aku ade app ni...tapi stakat ni x penah plan nak guna...sbb ade kenderaan sndri..may ...

uber kalu request pagi2 buta dia datang tak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:19 PM | Show all posts
alesandra replied at 23-3-2016 12:17 PM
tak taula samada berbaloi atau tak.sbb aku penah naik sekali.aku takut naik sbb atas faktor kesela ...

sbb pnah tengok, dia flat rate kalau pegi klia...ooo...jadi takut sbb sorg la...kalau bdua ok la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:20 PM | Show all posts
saladin780 replied at 23-3-2016 12:19 PM
uber kalu request pagi2 buta dia datang tak?

ntah ler...kena deal dgn drebar la...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069800 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list