CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3746|Reply: 10

Datuk susah payah sediakan makan malam, cucu pula tidak hadir

[Copy link]
Post time 24-3-2016 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by red_heart at 24-3-2016 03:58 PM

         

Papaw tampak sedih dan kecewa apabila hanya seorang daripada enam cucunya hadir ke makan malam itu. -Foto/Twitter Kelsey Harmon

                           
TATKALA usianya sudah memasuki usia emas, tiada yang lebih menggembirakan selain dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Mungkin itulah yang diharapkan seorang warga emas apabila membuat perancangan untuk makan malam bersama enam orang cucunya di rumahnya di Oklahoma, Amerika Syarikat.

Kerana teruja, si datuk sanggup menyiapkan sedozen burger untuk hidangan cucu-cucu kesayangannya itu. Sayangnya, hanya seorang sahaja yang hadir ke makan malam istimewa itu.

Salah seorang cucunya yang dikenali sebagai Kelsey Harmon datang untuk menemani datuknya dalam majlis malam ringkas itu.

Harmon memuat naik foto datuknya yang dikenali sebagai Papaw itu ke akaun Twitternya, sekaligus membangkitkan rasa simpati dan marah netizen.



Bersama foto itu, Harmon seolah-olah cuba menyampaikan kekecewaan datuknya menerusi kapsyen berbunyi "Datuk memasak 12 burger untuk makan malam bersama enam cucunya, tapi hanya saya seorang yang datang. Sayang sayang datuk".

Netizen mula memberi reaksi mempertikaikan tindakan lima cucu Papaw yang tidak hadir ke makan malam berkenaan.

Dalam masa yang sama, mereka juga saling memberi peringatan tentang kepentingan untuk meluangkan masa dan menghargai orang tua, ketika mereka masih ada di dunia.

Agak menggelikan hati apabila ada dalam kalangan netizen menggugut sepupu-sepupu Harmon agar segera mengunjungi Papaw, memaksa Harmon memuat naik status memberitahu bahawa datuknya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

   

Dalam kenyataannya yang dimuat naik beberapa jam selepas itu, Harmon menjelaskan dia tidak mempunyai niat untuk mencari publisiti, sebaliknya hanya mahu menunjukkan penghargaan dan rasa sayang kepada datuknya.



Status daripada Harmon itu telah menerima lebih 150 ribu retweet setakat ini.                                                

Astro Awani



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 05:10 PM | Show all posts
Set je le perjumpaan hari lain rsvp je so tahu berapa nak dtg tak le membazir makanan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 05:39 PM | Show all posts
Papaw nak wat surprise laaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 06:16 PM | Show all posts
Bukn ptt ke show up ke..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 11:56 AM | Show all posts
ala sedinye..mabe cucu2 yg lain ada valid reason kita mana nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti tinggal kesan kaw kaw dlm hati the rest 5cucu papaw..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2016 03:30 PM | Show all posts
tiba-tiba teringat arwah ayah aku lak. sekali pandang sama lak ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 09:08 AM | Show all posts
masa akak tua anak dah besar2 dah ada life sendiri , akak selalu terfikir ni..sorang2 di rumah..makan dengan spouse..tengok tv.. kdg2 mengalir juga la air mata , padahal lama lagi kot anak2 nak besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 08:56 AM | Show all posts
rosasa replied at 25-4-2016 09:08 AM
masa akak tua anak dah besar2 dah ada life sendiri , akak selalu terfikir ni..sorang2 di rumah..maka ...

Betul tu mcm mie skrg ni.. dari 5 anak tinggal 2 jer dirumah..mgkn srg lg keluar tahun depan kalu UPSR cemerlang..walau apapun hidup mesti diteruskan..walau rumah sunyi sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 08:59 AM | Show all posts
mie07 replied at 27-4-2016 08:56 AM
Betul tu mcm mie skrg ni.. dari 5 anak tinggal 2 jer dirumah..mgkn srg lg keluar tahun depan kalu  ...

bertabah la...baru boarding..belum kawin krik krik la rumah

semoga spouse kita sehidup semati dengan kita..kekal romantik hingga tua..taklah sunyi sangat nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:08 AM | Show all posts
rosasa replied at 27-4-2016 08:59 AM
bertabah la...baru boarding..belum kawin  krik krik la rumah

semoga spouse kita sehidup sema ...

yer la harap gitu la..wktu berkumpulpun dah x sama selalu sorg mesti xdok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.067221 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list