|
ADIRA enggan komen gosip hamil
GARA-GARA sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram oleh suami Adira baru-baru ini, ada yang menyangka penyanyi itu sedang hamil.
Bagaimanapun, Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 25, enggan mengulas lanjut mengenai hal itu kerana ia suatu perkara yang sukar untuk dijelaskan kepada umum.
“No comment, it’s complicated. Susah saya nak jelaskan sebenarnya. Suami suka bergurau. Mungkin gambar itu bukan ditujukan untuk saya. Mungkin untuk orang lain,” jelas Adira ringkas.
Bercakap mengenai anak, Adira dan suami tidak merancang apa-apa. Semuanya terserah kepada rezeki buat mereka.
“Saya tidak merancang. Kalau ada rezeki kenapa saya perlu menolak. Kalau belum ada, saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya lagi.
Tidak terlalu memikirkan soal anak, Adira mengakui dirinya bahagia dengan kehidupan berumah tangga. Biarpun tanpa sebarang perubahan mendadak, Adira cukup bersyukur kerana hidupnya tidak ditimpa masalah.
Tambahan pula suaminya, Datuk Seri Adenan Abu sentiasa menyokong kerjayanya, membuatkan hidup Adira lebih bermakna.
“Kehidupan saya masih sama macam biasa sahaja. Tiada apa yang berubah. Kami menjalani kehidupan yang baik. Tidak ada sebarang masalah dan saya rasa semakin tenang.
“Soal kerjaya juga berjalan lancar. Status saya sebagai isteri bukan halangan untuk saya teruskan kerja saya sebagai penyanyi. Selagi ada rezeki, saya terima.
“Lagipun suami saya sangat menyokong dan dia tidak pernah mengongkong. Apa sahaja yang berkaitan kerja, bukan masalah baginya. Dia tidak pernah menyuruh saya berhenti daripada menjadi penyanyi,” jelasnya.
Adira dan suami. FOTO: UTUSAN.
Dalam perkembangan lain, Adira tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH 2015). Adira bersaing dengan empat lagi penyanyi wanita iaitu Aishah Aziz, Ayda Jebat, Dayang Nurfaizah dan Eleena Harris.
Adira meluahkan rasa terharu kerana masih ada peminat yang menyokongnya . Jadi bagi mengekalkan kemenangan yang diperoleh tahun lalu, Adira akan berusaha melakukan yang terbaik.
“Saya rasa sangat beruntung kerana peminat masih memberikan sokongan. Setelah apa yang saya lalui sebelum ini, mereka masih menyokong kerjaya saya. Sebagai seorang penyanyi, selain rezeki dan usaha sendiri, sokongan daripada peminat adalah senjata yang paling kuat.
“Untuk ABP nanti, saya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kerana saingan saya juga adalah calon yang hebat. Kalau tidak ada rezeki untuk menang, saya akan cuba lagi tahun depan atau tahun akan datang,” ujar Adira yang bakal muncul dengan single baru, Ku Mahu Pulang.
http://instaonline.com.my/adira-enggan-komen-gosip-hamil/
|
|