View: 2983|Reply: 13
|
10 Punca Wanita Cepat Tua, Elak Melakukannya!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : science photo library
Zaman sekarang, kebanyakan wanita rajin memakai pelembab untuk menahan kulit keriput terlalu awal. Tapi kulit wanita masih juga lebih cepat terlihat tua berbanding lelaki padahal lelaki jarang memakai pelembab.
Berikut terdapat 10 sebab yang berkemungkinan besar menjadi punca membuatkan kaum hawa cepat tua, jadi anggaplah ianya sebagai rujukan untuk mengelakan diri daripada 10 penyebab berikut agar sepanjang masa nampak muda tanpa pelembap atau sebarang penggunaan barangan kosmetik.
(1) Sedih, Risau dan Murung
Sekiranya kita selalu sedih, risau dan murung, kulit kita akan cepat berkedut. Jadi, untuk mengekalkan keremajaan, selalulah bergembira!
(2) Tidur Lewat
Sel kulit pulih ketika kita tidur. Jadi, kita mesti tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk mengekalkan dinamik sel kulit.
sumber foto: http://www.theaanm.org/
(3) Selalu Terdedah kepada Sinar Matahari
Kulit kita akan menjadi gelap dan kasar sekiranya selalu terdedah kepada pancaran matahari yang kuat. Jadi, ketika keluar kita hendaklah selalu menggunakan krim pelindung matahari.
sumber foto: http://i.dailymail.co.uk/
(4) Merokok dan Minum Arak
Kita kelihatan 10 tahun lebih tua daripada orang yang sebaya dengan kita sekiranya kita selalu merokok. Minyak dalam kulit juga akan berkurang sehingga menyebabkan kekeringan sekiranya kita minum arak.
(5) Selalu Mengerutkan Muka
Kulit kita akan cepat berkedut sekiranya kita selalu mengecilkan mata, mengerut dahi atau ketawa terbahak-bahak.
(6) Kurang Minum Air
Air amat penting bagi kesihatan kita. Untuk memenuhi keperluan air bagi kulit kita, kita mesti minum sekurang-kurangnya 6 atau 8 gelas air kosong setiap hari.
(7) Kurang Bersenam
Darah akan beredar dengan baik ke seluruh badan, sekiranya kita selalu bersenam. Tambahan lagi, kita akan berpeluh ketika kita bersenam, dan ini akan mengekalkan kesihatan kulit kita.
(8) Kulit Tidak Dibersihkan Betul-betul
Kulit kita sukar bernafas sekiranya liangnya tersumbat oleh kotoran seperti bahan mekap atau habuk.
(9) Menggunakan Produk Penjaga Kulit yang Tidak Sesuai
Adakah anda mengenali kulit anda 100%? Hanya dengan mengetahui keadaan kulit sendiri sepenuhnya, barulah boleh memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.
sumber foto : http://www.nathazzalifani.com/
(10) Makan Makanan Pedas dan Bergoreng Terlalu Banyak
Makanan yang pedas dan berminyak akan menjejaskan keseimbangan endokrin kulit. Jadi, lebih elok kita kurangkan makan makanan yang pedas dan bergoreng, dan makanlah buah-buahan dan sayur yang mengandungi vitamin.- CARI Infonet
sumber info : wanista |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu berfikiran negetif, buruk sangka, busuk hati pun antara penyumbang nampak cepat tua |
|
|
|
|
|
|
|
gd info.. kena amalkan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Okay, kadang2 tak sedar pun kerutkan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
patut diamalkan oleh perempuan semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak.. No 2 & 10 mmg susah nak elak.. Tidor lewat (byk keje nak kena settle)... Makanan pedas plak feveret makkkk...
Yang lain2 ok.. SPF checked, minum air kosong checked, regular exercise checked.. Cuci kulit pun xde masalah sbb tea tak pakai mekap.. Cukup pencuci biasa.. Skincare sesuai pun ok sbb i mmg monitor what nutrients yang i put on my skin... |
|
|
|
|
|
|
|
noted and thanks for the info.. |
|
|
|
|
|
|
|
dh msk 30 kena jaga btl2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|