CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3457|Reply: 6

Aku keliru dengan statement oleh Titah Sultan Johor

[Copy link]
Post time 25-3-2016 03:58 PM | Show all posts |Read mode
"Berhenti Cuba "Jadi Orang Arab" - Titah Sultan Johor Berkenaan Budaya dan Adat"




Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan budaya mereka.

Tambah baginda lagi, mereka yang mahu "menjadi orang Arab" lebih sesuai menetap di sana.

"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda sebagaimana lapor The Malaymail Online.

"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.

"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka," tambahnya.

Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.

"Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.

"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab," titah baginda. -




YANG PASAL PAKAI TUDUNG TU BUDAYA ARAB?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 04:41 PM | Show all posts
Betul jugak , nak -nak depa yang baru pulang ke pangkal jalan tetiba dah bertukar  jadik orang arab..Macam ada sorang kenalan I dulu sebelun bertudung anak-anak dia panggil dia mama lepas bertudung suruh tukar panggil ummi pulak padahal tak salah pun nak panggil mama ke mummy ke...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting tutup aurat tt..pakai tudung tu xtau la budaya mana..

Jgn pakai tudung tapi lengan pendek, nmpk gunung 2 bijik, seluar ketat
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 06:15 PM | Show all posts
yang lain tak nak sentuh. tapi part tt cakap pasal tudung tu.
Aku pun confuse. Dulu aku tengok anaknya cakap, time kes TTA, aku ingat anaknya yang tak matang (walau TI tu baya2 aku je) maka aku harap akan tiba masa dia faham mana agama mana budaya.

Tapi bila ayahnya pun bercakap. Aku tak tau nak cakap apa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 08:52 PM | Show all posts
Cakap tu pandang2 skit kiri kanan



Kata bangga dgn budaya melayu, kenapa xpakai tengkolok baju melayu, malu kah dgn budaya melayu.. 2X5 je
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 10:07 PM | Show all posts

.....dia takkata jangan jadi atau tiru orang putih ... dia kata jangan jadi atau tiru arab sahaja .... ehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2016 09:09 AM | Show all posts
melayu memang berasal dari arab...melayu berasal dari tanah kanaan,pelastin..melayu adalah yahudi asli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.064459 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list