View: 4763|Reply: 17
|
Periksa Rumah Dengan Sebaiknya, Jangan Main Beli Je! Tips Berikut Ada Gunanya
[Copy link]
|
|
Oleh Fyruz Hanna
Membeli rumah sendiri pastinya merupakan harapan setiap orang yang bekerja. Bila ada rumah sendiri, ia adalah aset dimasa akan datang untuk kita. Rumah juga merupakan lambang dan status quo seseorang.
Dan oleh kerana membeli rumah itu sukar dan jarang kerana terbatas dengan duit dan harga pasaran yang tinggi sebab itu ramai yang menjadi mangsa penipuan dan penindasan daripada sebelah pihak.
Bagi yang membeli rumah baru, tempoh 24 bulan yang diberi oleh pemaju sebenarnya merupakan 'saat penting' untuk periksa segenap ruang dan sudut kerana kita sebagai pembeli berhak mendapatkan rumah dalam keadaan baik dan selamat diduduki.
PERALATAN :
### Masking tape - Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
### Marker Pen - Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
### Kertas A4 - Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.
### Kamera / Handphone berkamera - Ambil gambar kecacatan rumah
1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda.
- Masuk rumah dengan lafaz bismillah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali kali. Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
3. Tiles Lompong
- Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu.
- Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air.
4. Elektrik
- Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
- Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
5. Meter Air
- Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna.
- Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat.
- Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
- Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
9. Dinding Retak
-Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
10. Kunci Semua
-Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik.
-Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel.
Ilmu sebegini semoga dapat dimanfaatkan oleh semua pembeli kerana kuasa ada di tangan anda.
-CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Hauknya...tgk cara construct umah pn xkemas...cat terkeluar...simen cincai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya finishing. Rumah harga berapa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya finishing rumah ni nasib le siapa2 yang beli banyak betul yang nak kena perbaiki. Satu lagi yg ramai lupa periksa salur keluar air selalunya area dapur atau toilet belah bawah. Pastikan tak ada tinggalan bahan constriction cam plastic pembalut etc. Selalunya contractor malas nak buang plastic pembalut tu dah buang itu salur tu je. Lama2 akan tersumbat akhirnya tuan rumah jugak nak ke keluar belanja panggil plumber. |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah pemaju itu |
|
|
|
|
|
|
|
ya sebenarnya bukan rumah yang baru sahaja.. jika anda beli subsale juga anda masih boleh apply rules ini..
sebab itu ramai yang tidak mahu beli rumah lelong kerana tak mahu bear all the cost after buying the house..
apa pun, ia tertakhluk pada pilihan dan poket masing-masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
teruk betul workmanship nya... developer mcm hampeh ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Developer tak pentingkan kualiti. owner bersemangat nk tengok rumah baru, sekali masuk cek, mesti hampa.
tapi bagus lah tips ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya rumah ni. Bagus bg tips mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk nya umah.....umah murah ke apa.....atau kontraktor bumiputera... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti save@bookmark tips ni.
cntik tulisan brader tu |
|
|
|
|
|
|
|
ye la tuuu... bila dah komplen kat pemaju, kontraktor die pulak buat lengah2 nak siapkan kerja sampai tamat tempoh warranty.. bengong. |
|
|
|
|
|
|
|
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询! |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk makluman, kaedah pembaikan rabung bumbung seperti dalam gambar tu pun salah.
Boleh bocor jugak.
Cara terbaik, sebab masih lagi dlm edah DLP,
buka semua atap genting beserta batten dan selaraskan semula jarak batten.
Biasanya pemaju taknak bukak semua bumbung sebab dorang ada kaedah cheap solution utk atasi masalah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat, kita keluar duit banyak beli rumah, takkan selesai masalah pun cara murah gak.
Kalau aku memang mintak kena maki laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Tips no 1 tu tak leh buat
Nanti geng atheis Cari marah..
Sebab nanti dorang kata bagi salam kat sape...
Azan dalam rumah kosong tu nak ajak hantu bunian solat ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|