CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2978|Reply: 11

Jaga-jaga! 4 Tahun Lagi Majoriti Orang Malaysia Akan Sakit Mental

[Copy link]
Post time 30-3-2016 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan yang dibuat pada 2011 pula menunjukkan 12 peratus (kira-kira 2.6 juta) rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Antara perkembangan negatif dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini ialah berlakunya peningkatan jumlah pesakit mental.



Menurutnya, penyakit mental juga lebih banyak berlaku dalam kalangan kaum hawa pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus). Bagi wanita puncanya lebih banyak disebabkan masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak, manakala bagi lelaki puncanya lebih kepada kecederaan otak akibat kemalangan jalan raya dan penyalahgunaan dadah.



Rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental jenis skizofrenia. Pesakit skizofrenia boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.



Untuk pengetahuan, penyakit mental mempunyai kesan buruk kepada penghidapnya dan ia boleh merugikan negara terutamanya dalam aspek melahirkan warganegara yang sihat emosi dan mentalnya. Penyakit mental boleh menjadi punca kepada perbuatan bunuh diri.

Pesakit skizofrenia mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi yang serius sehingga menyebabkan tingkah laku mereka seolah-olah berada dalam dunia yang berlainan.  Mereka sering kali mendengar suara-suara yang menyuruhnya bertindak sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang di sekelilingnya.

Justeru, masalah penyakit mental terutamanya penghidap skizofrenia tidak boleh dipandang ringan dan mereka perlu dirawat segera dan mengikut jadual rawatan yang ditetapkan. Antara halangan utama kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan penyembuhan ialah berlakunya diskriminasi dan penafian masyarakat terhadap penyakit mental.

Majoriti  rakyat di negara ini tidak melihat masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang serius. Sikap ini menyebabkan ramai pesakit mental gagal mendapatkan rawatan awal. Selain itu, keprihatinan keluarga dan masyarakat memberikan sokongan dan penerimaan kepada pesakit mental masih lagi rendah sedangkan ia  amat penting dalam membantu pesakit untuk sembuh. Masyarakat perlu membuang stigma atau persepsi buruk  bahawa pesakit mental tidak boleh diubati atau dipulihkan. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2016 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik dah tahu lama dah

kerap berinternet mengakibatkan gangguan emosi seterusnyer menyumbang kepada chronic mental disorder
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2016 10:20 PM | Show all posts
ini kan trit dari gue !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 09:03 AM | Show all posts
hailon replied at 30-3-2016 10:20 PM
ini kan trit dari gue !!!!

terus ??, gue harus bilang WOW gitewww ??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 09:37 AM | Show all posts
hujung hujung dunia  siapa yg xgila


ada SRP terus jadi MB ,itu gila

lenyap duit negara masuk akaun sendiri ,itu gila

MH370 hilang katanya , itu gila

GST boleh kayakan negara , itu sgt gila

makan ubat allopathy , itu pun gila.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 11:22 AM | Show all posts
takyah tunggu 4 tahun,
sekarang pun yang waras minoriti je

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai buang banyak multinick pun bpleh dikatagorikan sbg sakit mental ka . Mntk pakar jawa,peynolejeng bg pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 31-3-2016 09:37 AM
hujung hujung dunia  siapa yg xgila



Itu yg tahan fikir.. smpi naik mental kita yg bijak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2016 09:12 AM | Show all posts
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 09:41 AM | Show all posts
Tak sangka ramai sangat lelaki cedera otak akibat kemalangan jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 11:45 AM | Show all posts
tengok perangai kat sosial media dah tau mental. selfie memanjang, caption jiwang,, yuxxxxx
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2016 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengki, irihati,suka mengumpat kat orang lain pun sakit mental juga sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.049420 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list