CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2507|Reply: 7

Netizen Bantu Gelandangan Ini Cari Kerja!

[Copy link]
Post time 1-4-2016 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za





"Ini Gunalan.

"Dia ada diploma tapi sekarang tiada kerja kerana kecederaan pada kakinya.

"Dia ada dua orang anak perempuan yang perlu dijaga.

"Namun, Gunalan tak mahu terima wang bantuan. Yang dia mahukan adalah sebuah pekerjaan."


Begitulah antara bibit-bibit yang dikongsikan di laman facebook Feed The Poor. Ia merupakan satu organisasi untuk membantu mereka yang miskin dan gelandangan di negeri Pulau Pinang.


Dalam satu bantuan, mereka menemui lelaki ini, Gunalan namun enggan menerima bantuan sebaliknya sangat memerlukan pekerjaan untuk menyara dua orang anaknya.


Kumpulan Feed The Poor ini memuat naik gambar dan nombor telefon Gunalan dengan harapan ada yang sudi membantu.


Siapa sangka, kurang dari 24 jam, ia bukan sahaja mendapat pujian para netizen, malah sudah ada yang mahu menawarkan pekerjaan. Wow!










Begitulah penangan media sosial. Namun, semuanya bertitik tolak daripada mereka yang suka membantu ini. Mereka tak mahu orang lain hidup dalam kesusahan.


Memang, peluang kedua itu sangat diperlukan bagi semua orang. Syabas kepada netizen, Vilaa Shinyi dan keluarganya yang bermurah hati menghulurkan bantuan.


Semoga Gunalan semakin dipermudahkan dan lebih ramai yang menjadi 'agen' untuk memudahkan orang susah seperti ini. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 03:21 PM | Show all posts
Bagus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 04:03 PM | Show all posts
Syukur lah dah ada yang sudi membantu dan menawarkan kerja.  Ialah zaman sekarang ni kalau tak kenal memang susah sikit nak dapat kerja persaingan pun hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 12:09 AM | Show all posts
Edited by system_failure at 2-4-2016 12:12 AM

aku suka lepak memalam tgk org2 menyanyi tepi jln, melukis, dgr citer pak pacak, tgk anak2 kecil gelandangan.
sometimes diorg ada byk talent yg kita takkan sangka.
ianya seperti benih yg belum dicambah dn didebungakan lagi... hanya tgu kumbang yg pandai mendebunga dlm jatidiri mereka.
contoh terbaik adolf hitler. pernah merempat dan tidur dibwh jambatan.
lupakan dulu hal keganasan. cara dia membangunkan bangsa jerman yg dah lumpuh sepenuhnya masa ww1 dan memang ohsem.
Org yg trigger dia tu memang terbaik laa... tabik spring!

tapi, hitler sendiri pun memang ada sisi sedih yg dia sendiri tidak cerita pd org lain..
sbb tu sifat keganasan dia juga terbangkit sekali tanpa ada org mampu padamkannya.
Walhal dia mempunyai iq setinggi 141 yg hampir menyamai einstein.

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 12:20 AM | Show all posts
org yg selalu hidup susah apatah lg punyai mcm2 tangungjwb terhadap famili, kadang2 mengerunkan jugak cara mereka nak survival.
test case:
cuba korang try cari sorang seperti diatas dan tanya soklan nih.. if u ar a prime minister, then what will u do?
jika jawapannya betul2 beyond your boundaries, then rangsanglah dia ke jln yg benar.


hanya org giler yg hidup senang sejak kecik lebih2 lagi anak pm, memamng takkan paham. Jika dia kata dia memahami kesusahan hidup, maka itu adalah dusta sedusta yg paling besar keluar dari mulut seorg ahlil politaiks
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2016 09:10 AM | Show all posts
送给留学挂科拿不到毕业证的童鞋们,大洋教育QQ/微信2913575572留学服务中心专业办理英国、加拿大、澳洲等国家各大学【毕业证、成绩单、真实回国证明◆真实教育部认证】100%可查、永久存档。
专业为留学生解决毕业难等问题,欢迎加Q咨询!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2016 02:11 PM | Show all posts
Kipidap. Dongibab
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2016 09:04 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 3-4-2016 06:07 AM
system_failure replied at 1-4-2016 09:09 PM
aku suka lepak memalam tgk org2 menyanyi tepi jln, melukis, dgr citer pak pacak, tgk anak2 kecil gel ...


Hitler jadi bergitu kerana dia mengalami kisah sedih semasa kecil, yang membuatkan ia menyimpan dendam yg tak berkesudahan..apabila dia mendapat kuasa dendam itu mula timbul kembali.. semua orang hebat pun sama..mereka mengalami kisah tragis semasa kecil, contoh lain ialah albert einstien, napoleon bonarpart.
dan di zaman moden ini pun sama semua org hebat lahir dari kisah tragis semasa mereka kecil..
tragedi tragis masa kecil sentiasa mencemgkam mindanya..sebab itulah hitler gila perang..sebab peranglah yg dapat buatkan dia mengurangkan sikit tekanan minda akibat peristiwa ini... contoh lain pol pot..jenderal farah aidit..org yg sangat kejam..
bagi hitler perang membuatkan dia gembira..
apakah hitler mati bunuh diri semasa perang berakhir 1945? tidak...pehak berikat lepaskan dia..mereka tahu mereka tak boleh kalahkan dia..sebab itu mereka sengaja lepaskan..dia lari ke argintina.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.040684 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list