CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4286|Reply: 28

[Tempatan] 50 pegawai kerajaan terlibat dengan pertukaran

[Copy link]
Post time 5-4-2016 12:41 AM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA 4 Apr. - Sebanyak 50 pegawai yang menyandang jawatan-jawatan sensitif akan ditukarkan secara dalaman atau ke kementerian-kementerian lain bermula bulan ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pertukaran tersebut melibatkan pegawai-pegawai yang telah berkhidmat melebihi lima tahun di Bahagian Perolehan, Kewangan dan Kontrak.

Kata beliau, semua pegawai yang dikenal pasti itu bukan disyaki melakukan kesalahan tetapi pertukaran dibuat berdasarkan pekeliling sedia ada bagi mengelakkan ketirisan.

“Kita tidak mahu kes seperti di Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini menjatuhkan motivasi semua penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Bintang Indeks SSR Agensi Sektor Awam 2015-2016 dan Kempen Derma Bahan Bacaan Take A Break: Read@Putrajaya 2016 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ali berkata, pihaknya akan menerima laporan daripada Jabatan Audit Negara mengenai kes salah guna kuasa pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan hujung bulan ini. -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
nanti k9ntraktor akan mengekor je mana pegawai pergi pastu pandai laa diorg buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah datang pegawai baru kontraktor deal balik...

Biasanya pegawai2 nie dah ada org2 dia sndiri dr kalangan kontraktor. Sama mcm ahli politik diorg ada geng kontraktor sndiri yg bertindak sbg funder kpd ahli politik...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm la org baru tu kontraktor xleh nak kawtim. Ala, kontraktor nak carik duit ni... Tau la nak buat mcm mana utk senangkan kerja dia. Harap org tu tahan iman je la huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:05 AM | Show all posts
songlap - tukar - songlap lagi - tukar lagi...x dikena hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:10 AM | Show all posts
ramai anak2 mereka tidak menjadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2016 08:13 AM | Show all posts
bluehedgehog replied at 5-4-2016 08:05 AM
songlap - tukar - songlap lagi - tukar lagi...x dikena hukuman

sampai bila2 makan dedak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:28 AM | Show all posts
aku kena transfer lah ni jadi pengerusi Proton & penasihat petronas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 08:34 AM | Show all posts
Huntungla gaji tak sentuh bedal duit % duit projek jer
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:41 AM | Show all posts
chinta89 replied at 5-4-2016 08:13 AM
sampai bila2 makan dedak.

dedak tu free tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:41 AM | Show all posts
Elok lahh tu....korek lubang and timbus lubang..gi kat tempat baru korek lagi.....sbb dah tahu pasti tak akan kena buang nye..just tukar department ajo.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 08:55 AM | Show all posts
sebenarnya bukan nya pegawai2 nie bermasalah...tapi menteri di kementerian tersebut yang bermasalah..

logik ker tak logik kalo sorang jer pegawai blh songlap dan kluarkan duit berjuta2?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang aku kenal JPM dah kembong mkn dari 10 tahun dulu...Paling latest dah lantik jd pengarah dahhh...makin bertambah2 laa...Sian kat MACC kena tambah lg bnyk pegawai...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:03 AM | Show all posts
bila dah buat atik.. ditukar ke tempat lain, untuk buat taik kat tempat lain pulak..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:43 AM | Show all posts
dia org tu just kena tukar jerk bukan apa
sbb ada lgik org lain yg terlibat sama..kdg2 nak jaga yg lain2 tu
kang kalau sorang tu yg kena berhenti atau apa2 tindakan yg lain2 pun kena sama
setiap jabatn bukan sorang jerk yg berkuasa utk tandatangan dokumen pe lg melibatkan duit
ada had2 tertentu siapa yg layak atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:47 AM | Show all posts
ALDRIN replied at 5-4-2016 09:02 AM
Ada sorang aku kenal JPM dah kembong mkn dari 10 tahun dulu...Paling latest dah lantik jd pengarah d ...

anak dia menjadi tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 09:52 AM | Show all posts
sampai bila la salah laku pegawai kerajaan ni nak abis..
buat salah, rasuah songlap duit..hukuman nya cuma ditukar ke sana sini sinun
umpama katup lubang sini..nnti lubang sana dikorek
pi mai pi mai tang tu

Cuba la bertegas..
di bagi notis 24jam ke..buat kerja kemasyarakatan ke..suh cuci longkang, sapu jalan
baru depa ada akal
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:57 AM | Show all posts
Siput_Sawah replied at 5-4-2016 08:41 AM
Elok lahh tu....korek lubang and timbus lubang..gi kat tempat baru korek lagi.....sbb dah tahu pasti ...

Ko tak paham ke statemen ni :

Kata beliau, semua pegawai yang dikenal pasti itu bukan disyaki melakukan kesalahan tetapi pertukaran dibuat berdasarkan pekeliling sedia ada bagi mengelakkan ketirisan.

Yang buat salah kompom la kena tindakan... yg kena tukar ni sebagai langkah PENCEGAHAN... Ada paham?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 09:58 AM | Show all posts
sgbuloh replied at 5-4-2016 09:03 AM
bila dah buat atik.. ditukar ke tempat lain, untuk buat taik kat tempat lain pulak..

Ni lagi satu... tak paham statement ke apa?

Kata beliau, semua pegawai yang dikenal pasti itu bukan disyaki melakukan kesalahan tetapi pertukaran dibuat berdasarkan pekeliling sedia ada bagi mengelakkan ketirisan.



Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2016 10:00 AM | Show all posts
Madel replied at 5-4-2016 09:52 AM
sampai bila la salah laku pegawai kerajaan ni nak abis..
buat salah, rasuah songlap duit..hukuman n ...

Pahamkan statement tu btul2 dulu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.081813 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list