CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3672|Reply: 2

Ketahui Khasiat Minuman Barli Pada Tubuh Badan

[Copy link]
Post time 5-4-2016 05:37 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO






Siapa di antara anda sukakan minuman barli? Cepat angkat tangan! Sama ada barli ais ataupun barli suam dan kadang-kadang barli lemon jus, lebih-lebih lagi pada musim panas yang boleh menjadi punca kebanyakan antara kita boleh jatuh sakit.


Kekurangan cecair dalam badan boleh mengakibatkan tubuh lesu, demam, suhu badan naik mendadak, mata merah dan batuk kering.








Dipercayai ramai yang memesan air sejuk tatkala panas membahang di luar. Sebenarnya, memilih air sejuk tidak membantu menyejukkan badan anda sebaliknya akan membuatkan anda bertambah dahaga dua kali ganda.


Sudah tentu minum air sejuk lebih menyegarkan tetapi dalam masa singkat, air sejuk akan membekukan lemak dan menyukarkan pencernaan.


Meminum air sejuk adalah tidak sebaik minum air suam dari segi menghidrat badan. Jika difikirkan logik, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.







sumber foto: http://1.bp.blogspot.com/



Dengan suhu cuaca mencecah sehingga 38 darjah celsius ini, kami menyarankan anda memilih minuman yang boleh menyejukkan tubuh badan biar pun di hidang dalam keadaan suam atau panas iaitu barli.


Antara kebaikan barli selain membantu menyejukkan kepanasan dalam badan, ia juga meningkatkan kesihatan buah pinggang, meredakan sembelit, melawaskan air kencing, merendahkan kolesterol dalam darah, mengurang risiko kencing manis dan mencegah kanser.


Biar pun biji barli atau minuman barli lebih murah dan mudah diperolehi, tetapi ia cukup kaya dengan zat besi, serat,vitamin B1 dan B3, magnesium dan fosforus.- CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Roasted barli kat dubuyo sedap. Rasa mcm sihat je lepas minum.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 10:33 AM | Show all posts
favourite ni ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044962 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list