CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25113|Reply: 365

[Tempatan] Saingan dari Uber, GrabCar mampu sebabkan perkhidmatan teksi bungkus

[Copy link]
Post time 7-4-2016 02:56 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 7 April — Uber dan GrabCar terus memberi tamparan kepada pemandu teksi apabila perkhidmatan mereka dijangka mampu bertahan enam bulan lagi, kata Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M).

Timbalan pengerusinya Kamarudin Mohd Hussain berkata permintaan tinggi terhadap dua perkhidmatan itu menyebabkan pendapatan pemandu teksi semakin terjejas.

“Perkhidmatan GrabCar dan Uber memang membunuh pemandu teksi apabila mereka secara berleluasa merampas pelanggan kita tanpa rasa bersalah.

“Bayangkan sebelum ini kami mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM150 sehari, namun pada ketika ini untuk memperoleh RM50 pun terlalu sukar,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Kamaruddin berkata setakat ini kira-kira lima pemandu teksi menamatkan perkhidmatan mereka dalam sehari gara-gara Uber dan GrabCar semakin agresif.

Katanya, pemandu teksi sedia melakukan penambahbaikan demi meningkatkan keselesaan penumpang.

“Namun untuk menyediakan tambang sama seperti GrabCar dan Uber adalah mustahil.

“Kami perlu menanggung pelbagai kos seperti membayar sewa teksi, caj penyelenggaraan dan bahan bakar,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
so teksi seme join la uber... itu pun nak ajar
klau stok kaki paww mmg la tak selesa haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:03 PM | Show all posts
maling news





Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai jugak pemandu teksi tukar bawak uber. at least, x payah kejar bayar sewa teksi yang melampau. berubah jadi melayan pelanggan dengan baik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:04 PM | Show all posts
geram aku naik teksi kat ktm serdang..
meter show 7.25 pemandu suh bayar 15 hinggit sbb die balik kat ktm balik jem..
haram jadah betol
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:04 PM | Show all posts
lain kali buat la lagi perangai gangster tu.. jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri.. sampai penumpang takut nak naik teksi merah dah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 03:07 PM | Show all posts
Bagus laaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus.. teruskan boikot teksi.....biar kuala   Lumpur negara pertama teksi bungkus....xdalah lagi sakit mata tgk teksi bersidai  tepi jalan mcm  gengster
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 03:15 PM | Show all posts
try tengok teksi kat ktm kajang camne... gila babeng punya...tak kira laki pompuan... pastu bila kita nak gi jarak dekat masing2 buat tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke,asyik nak tekan org. Dedulu aku naik teksi darik KTM shah alam ke kolej cemara uitm kene 10 setiap sorg mcm kete sapu. Naik jeklah sebab balik dah mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:31 PM | Show all posts
so ubah jelah, contohi uber, grabcar..

ni asyik tunjuk samseng memanjang, seatbelt pun kadang2 tak leh guna

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:34 PM | Show all posts

Indon pon sama jugak. sana uber ada motosikal

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:38 PM | Show all posts
drebar teksi ni ingat, bila depa tunjuk samseng, penumpang akan berlari-lari berebut naik teksi depa.. apada..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:38 PM | Show all posts
Kami perlu menanggung pelbagai kos seperti membayar sewa teksi, caj penyelenggaraan dan bahan bakar


uber ngan grab car, company tanggung ke pon? sendiri jugak rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa nk join uber..nenyahut seruan maslan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
akux guna teksi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bungkus lg bagus
moga cepat mampus hoi teksi
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:33 PM | Show all posts
sipendiam replied at 7-4-2016 03:15 PM
try tengok teksi kat ktm kajang camne... gila babeng punya...tak kira laki pompuan... pastu bila kit ...

hampir kt semua stesen ktm tu mmg perangai pemandu teksi ni sama je.
bile geng2 sendiri yg dok poww pelanggan, x nak plak kmrk buat aduan kt spad ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pulak uber dgn grabcar nak kena rasa bersalah pulak? Takde maknanya guna istilah rampas tu. Pelanggan bukan bodoh. Dia pilih mana yg elok, selesa, berpatutan dsb. Pemandu teksi kalau nak pelanggan pilih dia, bukan dgn cara haramkan perkhidmtan yg lebih elok tp dia kenalah perbaiki diri supay setara atau lebih baik dr uber. Susah sgt kat bawak teksi kena lesen bagai, join je uber. Ke tak sanggup sbb kena berubah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:49 PM | Show all posts
alah taknak kena tipu, korang jgn borak2 / bual2 dgn driver tu sbb kalau korang diam buat sombong,buat muka serius, depa tak berani tekan atau caj yg bukan2...kalau layan borak, depa akan amik kesempatan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.625186 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list