View: 2371|Reply: 9
|
[Tempatan]
Saya silap sebenarnya ialah RM50 bilion, 1MDB perlu dibubarkan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad mengakui beliau tersilap menyatakan jumlah hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Laporan menyatakan ia bukan sekadar RM42 bilion, sebenarnya ialah RM50 bilion…lebih banyak daripada (jumlah) itu, jadi saya silap mengenainya, kerana saya nyatakan jumlah lebih kecil.
“Saya rasa RM50 bilion pun tidak betul, ia mungkin lebih banyak lagi,” katanya ketika menghadiri Forum bertajuk ‘Deklarasi Rakyat: Realiti atau fantasi?’ yang berlangsung di rumah kelab Persatuan Alumni Universiti Malaysia, petang tadi.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai maklum balas terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tuduhannya mengenai pinjaman sebanyak RM42 bilion yang “hilang” adalah salah.
PAC menerusi laporan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan, 1MDB tidak “menghilangkan” pinjaman sebanyak RM41.868 bilion yang diperolehinya.
“Tunjukkan kepada saya mana RM42 bilion itu. Ia ada di sana dan sini, tetapi kami tak nampak pun,” cabarnya.
Dr Mahathir juga berpendapat, 1MDB perlu dibubarkan, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Pada masa sama, beliau menyuarakan rasa simpati terhadap Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, susulan gesaan PAC supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB itu disiasat berhubung hutang sebanyak RM50 bilion yang ditanggung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.
Ini kerana, jelasnya, Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang menubuhkan syarikat itu, bukannya Shahrol Azral.
“Sebarang perkara yang berlaku ke atas 1MDB beliau akan tahu, kerana walaupun beliau ialah penasihat, sebenarnya tiada perkara yang boleh dilakukan tanpa persetujuannya (Najib).
“Jadi, kenapa hukumn lelaki ini (Shahrol Azral)?” soalnya.
Ditanya jika Najib perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas 1MDB hari ini, beliau berkata: “Mestilah, dia yang buat.”
Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dikeluarkan PAC hari ini mendapati, struktur pembiayaan modal dan prestasi kewangan syarikat pelaburan strategik itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.
Hasil siasatan PAC turut mendapati, 1MDB bergantung kepada hutang dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk sebagai modal syarikat, dengan sebahagian hutang tersebut mendapat jaminan kerajaan atau surat sokongan kerajaan.
Laporan itu turut mengesyorkan Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama Artikel 117 dalam memorandum dan artikel syarikat itu.
Hasil siasatan PAC sejak 19 Mei tahun lepas mendapati, jumlah hutang 1MDB bermula pada tahap RM5 bilion pada 2009 dan meningkat kepada RM42 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.
Pada Januari 2016, jumlah hutang itu mencecah RM50 bilion berbanding aset RM53 bilion, dengan 1MDB membelanjakan RM3.3 bilion sebagai pembayaran faedah untuk hutang antara 1 April 2014 dan 31 Mac 2015 (anggaran yang belum diaudit). |
|
|
|
|
|
|
|
ye, ok bkn 42 bilion tp 50 bilion, |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau beli kereta 100 ribu hutang, mmg la x hilang, nampak kereta depan mata
1 mdb hutang 50 juta apa yg boleh nampak? Gadai tanah gadai Ipp nak bayar hutang
Meniaga buluh kasap. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb.Huhu.Cant wair. |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...
Pasal apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
perwaja dlu bpe bilion? |
|
|
|
|
|
|
|
............... yang itu sah sah rugi ... rugi biasa laaa .... ... 1MDb??
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria replied at 7-4-2016 09:27 PM
takpe .korang tunggu satu lgi brite mengejutkn.Sohih abc dan bbc hentam melisia.dan ia bukn psl 1mdb ...
Ntah2 berita biase,uolz exeggerated je kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|