CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8622|Reply: 45

Alhamdulillah Yaya Maembong Selamat Lahir Baby Girl

[Copy link]
Post time 8-4-2016 11:10 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pelakon, Wan Raja meluahkan rasa gelisah apabila anak sulung yang baru dilahirkan isterinya, Yaya Maembong, pagi semalam dikuarantin kerana tertelan najis ketika proses bersalin. Wan Raja, 39, berkongsi kepada BH Online, isterinya hanya dibenarkan berjumpa dan mendukung anak sulung mereka yang diberi gelaran Seri malam tadi setelah tamat tempoh kuarantin. "Alhamdulillah, Yaya selamat bersalin secara normal pada jam 9 pagi. Keadaan menjadi panik apabila bayi yang berada dalam kandungan membuang air besar dan menyebabkan komplikasi kepada Yaya. "Doktor memberi tempoh kontraksi selama 15 minit dan menyarankan kaedah pembedahan supaya tidak membahayakan nyawa bayi dan juga Yaya sendiri. Seperti satu keajaiban, kontraksi berjalan lancar dan Yaya boleh bersalin secara normal. "Namun bayi dikuarantin selama beberapa jam bagi memastikan tiada sebarang jangkitan kerana tertelan najisnya sendiri. Yaya hanya berpeluang untuk mendukung anak sulung kami malam tadi selepas tamat tempoh kuarantin," kata Wan Raja.

Menurutnya, beliau berada di sisi isteri sepanjang tempoh bersalin seperti yang dirancang. Dirinya turut memegang kamera GoPro milik adik iparnya, Emma Maembong, yang ingin merakamkan detik mendebarkan itu.

"Walaupun cemas, namun saya harus kelihatan tenang untuk memberi sepenuh sokongan kepada Yaya. Jika saya lagi cemas, nanti akan lebih mengeruhkan keadaan. Tambahan pula, saya perlu memegang kamera. "Emma kini sedang menjalani penggambaran di Pulau Pinang dan ralat tidak dapat bersama-sama ketika kakaknya hendak bersalin. Oleh itu, beliau meminta saya merakamkan seluruh proses kerana tidak mahu terlepas sebarang detik indah kelahiran anak buahnya," kata Wan Raja. Sementara itu, Wan Raja mengakui masih kekok mengendalikan anak sulungnya itu bagi membantu isteri yang sedang menjalani proses berpantang. Tambahnya, Yaya atau nama penuhnya, Rabbiati Adawiyah Ismail, akan meneruskan tempoh berpantang di Pulau Pinang selepas seminggu berada di ibu kota. Di sana, Yaya akan dijaga oleh keluarga suaminya. "Saya kekok hendak memandikan Seri kerana dia masih kecil lagi. Insya-Allah, Yaya akan menjalani proses berpantang di sini selama seminggu dan akan pulang ke Pulau Pinang untuk dijaga dengan lebih teliti oleh keluarga saya," katanya mengakhiri bicara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 11:28 AM | Show all posts
cerita punya cemas mcm baby ko je termakan najis dalam dunia..
ko tunggu jap lagi cerita aku, mak aku, adik aku, kakak aku, sepupu sepapat aku, makcik aku, ipar aku, jiran aku, jiran nenek aku, nenek pada nenek moyang aku bla bla bla punya cerita bersalin..
betapa takjubnya kisah bersalin mereka.. lagi hebat dari anak ko termakan najis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2016 11:37 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-4-2016 11:28 AM
cerita punya cemas mcm baby ko je termakan najis dalam dunia..
ko tunggu jap lagi cerita aku, mak a ...

hahaha knp mrh sangat tu... nt cte eyyy
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-4-2016 11:28 AM
cerita punya cemas mcm baby ko je termakan najis dalam dunia..
ko tunggu jap lagi cerita aku, mak a ...

Haha ini deep if they can relate
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha besela retis.emma pun jakun gk nk suh rakam setiap saat.xngeri ke.iols nk tgk jahitan sndri pun takut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-4-2016 11:28 AM
cerita punya cemas mcm baby ko je termakan najis dalam dunia..
ko tunggu jap lagi cerita aku, mak a ...

Biasa la...first time dapat baby
Agaknya term baby tertelan najis tu pun, baru first time dia dgr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats akak yaya n abam wan raja!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:02 PM | Show all posts
Tahniah Ayah & Ibu ini... Meriah umah bila ada baby !
Suasana pun bertukar, jadi displin sgt ! Klu dr mana2 pun mesti nak tgk.
Alahai best dpt cium bau syurga !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 12:04 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-4-2016 11:28 AM
cerita punya cemas mcm baby ko je termakan najis dalam dunia..
ko tunggu jap lagi cerita aku, mak a ...

sabar2... hehe.. mare nampak. biasala 1st time.. panik.. normal la kalau panik.

kalau tak panik yg bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:10 PM | Show all posts
Sabarlah wan raja

Laa ni forum cai dah xleh nak ulas banyak pasal artis
Byk kaki sentap
Forum cari kene jadi mcm blog2 n fb je
Kutuk ko x popular..sendu
Tuduh anakmko anak haram...
Ckp ko gred e sampah je



Kalau forumer nak ulas2...pun kang kene sound
Jadilah bod ni kelak mcm bod sendu2 yg len...keh2
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:36 PM | Show all posts
comel91 replied at 8-4-2016 11:37 AM
hahaha knp mrh sangat tu... nt cte eyyy

hahaha... tak marah la.. baca dalam into yg mendatar uols....bukan kes pelik pun baby termakan najis..
kes mak-mak dalam ni ada lagi rare kot..
tunggu la dorang cerita jap lagi

cc @tentera_laut @makneng
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 01:33 PM | Show all posts
tahniah wan raja dan yaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah wan raja dan yaya!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:09 PM | Show all posts
Duta lover replied at 8-4-2016 12:10 PM
Sabarlah wan raja

Laa ni forum cai dah xleh nak ulas banyak pasal artis

mmg bod retis sini dah sendu pun
kalo bukak tered pun takat list retis itu sama ke tak retis ni
retis mana adik beradik sedara mara
semua fefeling ilmiah dikkk padahal retis je pun
gosipnye nan hadoooooo

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:38 PM | Show all posts
akak yakin tred ni akan menjadi tred parenting / FD


btw tahniah , biasala anak sulung, memang riuh risaunya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 03:53 PM | Show all posts
potato sangat anak dia.... seri malam..ye la kerana malam yg berseri la ko terjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sbnarnye dia nk kasitahu bini dia brsalin normal dan dia kagum dgn bini dia dpt normal
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 04:02 PM | Show all posts
yaya ni muka mcm tak jadi je ekk...tak mcm emma tu cantik lah jugak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 04:03 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-4-2016 12:36 PM
hahaha... tak marah la.. baca dalam into yg mendatar uols....bukan kes pelik pun baby termakan naj ...

biar la dia nak cerita.....excited kan, 1st baby mmg mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah
Walaupun sendu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.080223 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list