CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2686|Reply: 3

Pantang Larang Nenek Moyang Apabila Anak Terkena Demam Campak

[Copy link]
Post time 8-4-2016 07:30 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Dikala anak-anak terkena jangkitan demam campak pasti kita rasa risau dan takut bukan?


Pastinya ruam-ruam yang timbul memudahkan ianya berjangkit yang menyebabkan anak kita mudah terkena jangkitan tersebut.


Demam ini yang disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan ruam pada kulit.


Walaupun anda sudah mendapatkan nasihat dan ubatan doktor, namun pantang -larang orang dahulu kala kadang-kadang ada baiknya.


Antara pantang larang dahulu kala adalah:






1. Jangan bagi kena air hujan
Dikuatiri parut besar akan kekal. Sebaiknya jangan kena hujan untuk 2 hingga 3 minggu.


2. Jangan makan, makanan yang bergoreng, bertumis
Pendek kata elakkan minyak. Selain itu, makanan laut dan juga telur perlu dielakkan.


3. Mandi
Kanak-kanak terkena demam campak perlu dimandikan dengan keram untuk menurunkan suhu badan. Jika suhu badan tidak surut, sukar ruam untuk surut.


4. Jangan mandi guna sabun
Kerana sabun mengandungi bahan kimia. Ia dikuatiri akan terjangkit kuman.

5. Jangan pakai baju
Kalau boleh jangan pakaikan baju (untuk budak-budaklah) sebab peluh akan membuatkan proses penyembuhan terganggu.

6. Jangan garu atau kopek kudis
Kerana kudis sama seperti jerawat. Ia akan merebak dan mencacatkan kulit.




-CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2016 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn garu tu betul yg lain?? Nonsense je la. Kena hujan dia lubang je, then ok balik after a few months.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 01:47 PM | Show all posts
mak saya memang pesan sangat2...jgn kena hujan

kalau chicken pox jgn makan kicap...nt jadi hitam...haha...itu betul...sebab saya degil
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 07:47 PM | Show all posts
yayangmama replied at 11-4-2016 01:47 PM
mak saya memang pesan sangat2...jgn kena hujan

kalau chicken pox jgn makan kicap...nt jadi hitam. ...

Huaa.. uduh betul parut chicken pox niI lekat parut sebab usik tempat yang kena tu..mana tahan weh gatal2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.144752 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list