View: 2890|Reply: 9
|
Saya Tidak 'Anti' Pemandu Teksi - Harith Iskander
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
"Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, saya berhak bersuara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis diberikan. Ia bagaimanapun tidak bermakna saya 'anti' pemandu teksi atau berpihak kepada mana-mana perkhidmatan lain."
Demikian yang djelaskan oleh Pelawak, Harith Iskander berhubung status berbaur sindiran membabitkan insiden mogok dilakukan segelintir golongan berkenaan di Bukit Bintang yang dimuatnaikan di laman Facebooknya baru-baru ini.
"Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, saya berhak bersuara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis diberikan. Ia bagaimanapun tidak bermakna saya 'anti' pemandu teksi atau berpihak kepada mana-mana perkhidmatan lain."
Tegas Harith atau atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa dia berbuat sedemikian sebagai tanda prihatin mengenai servis teksi yang tidak setanding dengan beberapa perkhidmatan awam lain, seperti Uber dan Grab Car.
"Saya juga mempunyai rakan yang bekerja sebagai pemandu teksi. Ada yang bagus dan ada yang tidak. Cuma, mana-mana perkhidmatan yang tidak bagus, saya akan bersuara,"
Status itu mendapat perhatian umum dan ramai yang bersetuju dengan kenyataannya. Pada masa sama, ada segelintir pihak mewakili golongan pemandu teksi membantah status dimuat naik olehnya.- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Laa..sarcasm pon sikit2 nk label anti taxi.so what kalau anti taxi |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh la jd wakil rakyat lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la taxi kl mmg majority kurang ajar pun, especially geng kat lrt kelana jaya, cam lahanat perangai sorang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Org malaysia ni mmg suka pusing statement org kasi jd sentimen... |
|
|
|
|
|
|
|
Kamen_rider replied at 10-4-2016 12:28 PM
comel arnab
Tq..... .. |
|
|
|
|
|
|
|
kan .. kebanyakan pemandu teksi attitude kureng sikit .. |
|
|
|
|
|
|
| |
|