CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3507|Reply: 24

[Tempatan] Hampir Setengah Juta Saman Langgar Lampu Isyarat Di Ibu Negara

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2016 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Hampir Setengah Juta Saman Langgar Lampu Isyarat Di Ibu Negara

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/04/11/setengah-juta-saman-trafik/

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 8:16 AM


Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Hampir setengah juta saman dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur kepada pengguna jalan raya di ibu kota atas kesalahan tidak berhenti di lampu isyarat, sepanjang tahun lepas.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata, daripada 491,479 saman itu, sebanyak 78 peratus kesalahan dikesan melalui Sistem Pengawasan Kamera Lampu Isyarat Merah (RLSC) yang dipasang di 17 persimpangan 'kawasan panas' manakala 22 peratus lagi dikesan secara langsung oleh anggota trafik bertugas.

"Saman akibat kesalahan sama dari Januari hingga Mac tahun ini juga meningkat sebanyak 29 peratus di mana 142,039 saman direkodkan berbanding hanya 110,021  dalam tempoh sama tahun lalu," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, sebanyak 51 kemalangan berpunca daripada kesalahan melanggar lampu isyarat merah dicatatkan sepanjang tahun lalu manakala 11 kemalangan dengan satu kematian dilaporkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Mohd Nadzri berkata, pemandu kenderaan persendirian seperti kereta, van, kenderaan pacuan empat roda dan penunggang motosikal dikesan sebagai paling kerap melakukan kesalahan tersebut.

Beliau berkata, sebanyak 9,429 saman bagi kesalahan sama dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang beroperasi atau menggunakan laluan sekitar ibu kota.

"Sikap pentingkan diri sendiri, tidak berdisiplin, kurang kesedaran sivik dengan tidak menghormati undang-undang serta terkejar-kejar lampu kuning dilihat sebagai antara punca utama mengapa kesalahan ini sering dilakukan pengguna jalan raya," katanya.

Ditanya mengenai usaha polis trafik bagi membendung kesalahan melanggar lampu isyarat, Mohd Nadzri berkata, pihaknya mengadakan operasi bersepadu secara berterusan dengan kerjasama agensi berkaitan serta menganjurkan pelbagai kempen kesedaran terutama di peringkat sekolah.

Beliau berkata, sebanyak 240 anggota trafik ditugas mengawal lalu lintas di ibu kota setiap hari dengan tumpuan diberikan pada waktu puncak iaitu dari 6 pagi hingga 10 pagi ketika orang ramai keluar bekerja dan 5 petang hingga 9 malam ketika waktu pulang daripada bekerja.

"Kita juga sentiasa memantau laluan yang sering berlaku kesalahan melanggar trafik dan akan mencadangkan kepada pihak Bukit Aman supaya lebih banyak kamera pengawasan RLSC dipasang," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, cadangan menambah bilangan RLSC merupakan inisiatif terbaik untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya seterusnya menggalakkan mereka mematuhi lampu isyarat.

Katanya, kajian dijalankan Miros di beberapa negara luar yang mengaplikasikan teknologi berkenaan juga terbukti berkesan mengurangkan kesalahan terbabit sebanyak 40 hingga 90 peratus.

"Penambahbaikan sistem lampu isyarat seperti pemasangan "countdown timers" yang hanya terdapat di beberapa lokasi sahaja perlu diperluaskan kerana ia membantu pengguna jalan raya lebih bertenang dalam menunggu giliran laluan mereka.

"Bagaimanapun, sikap pengguna jalan raya itu sendiri yang seolah-olah menjadikan kesalahan melanggar lampu isyarat sebagai satu budaya di negara ini perlu diubah, jika tidak pastinya segala usaha yang dilakukan pihak berwajib tidak akan berhasil," katanya. - Bernama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2016 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Selama 6 tahun memandu belum pernah kena saman langgar lampu isyarat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:15 AM | Show all posts
lampu isyarat tu usah citerlah, KUNING saja, siap nak pecut...bukan nak slow stop...lagi tekan minyak adalah.

UMMAH SUNNI KAPRUT Malaysia memang susah nak bersivik ketika berada di jalan raya.

tak caya tengok saja, yg ikut emergency lane, pagi atau petang.

UMMAH Nie elok dihimpit lori humban ke longkang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:21 AM | Show all posts
wahhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:23 AM | Show all posts
nak sedap....cuba pasang aes kat trafik light.....sure bersopan santun....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2016 09:27 AM | Show all posts
Bukan lebih ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk motor langgar lampu merah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2016 10:35 AM | Show all posts
noor2 replied at 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.

Itulah noor
bila nampak lampu dah kuning kat depan belakang kita pula ada berderet kereta..tgh bawak sederhana pun rasa cuak gak tgk belakang
kne tgk juga kelajuan kereta belakang mencucuk ke x.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 11-4-2016 10:35 AM
Itulah noor
bila nampak lampu dah kuning kat depan belakang kita pula ada berderet kereta..tgh ba ...

Tu la...kena hentak kejap hari tu..bila noor keluar tanya "apasal.langgor keta saya?".....dia pulak.tegur kita..."apasal.awak stop tiba2.?"..
Aihhh....kita jawab balik.." awak.x nampak ke lampu merah?....pastu dia minta maaf...tanya nk kena bayor berapa...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 07:54 PM | Show all posts
langgar lampu merah..eksiden sekali baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-4-2016 09:25 AM
Kereta ai pernah kena langgor dari belakang sbb stop masa lampu isyarat bertukar merah.

Senaseb lah kita
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Erk... aritu i naik moto kul 3pagi.. tpksa lggar lmpu merah sbb xde sape lalu pun.. i sorg je.. seram tggu hantu lalu..

Pstu siang awal pagi.. terpksa gk lggr sbb motorist lain gila berpusu xmo stop..klu i tiba2 sorg stop ctu mmg mengundang celaka la.. dhla bawa anak..

Harap2 la xde kna saman.. sedihla.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Moto je salu langgar pantang npk line clear je trus redah lampu merah. Bak kata kwn aku, lampu merah dicipta utk bg laluan kt kereta lain. Kalau xde kereta lalu, redah ajela buatpe nk benti melangut mcm org bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu langgar lampu merah around 4.30am to 5.00 am every Sundays. Line clear masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 11:19 PM | Show all posts
Bila abam trapik tak de ramai main belah je tak ikut lampu insyarat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2016 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x taw knp org malaysia bila lampu kuning mesti tekan minyak lagik laju. tpi aku pun setakat ni x langgar lampu merah lgik la walaupun 2,3 pagi keta xde. bukan pa saman langgar lampu merah rm300 rugi je bayar kt gomen rm300. baik aku pi beli makanan.  kene masok mahkamah rsenye. leceh lgik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Peraturan jalan raya pun tak mahu ikut, gebang hudud ke hulu ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 12:31 AM | Show all posts
aku penah eksiden kena langgar dek motor yg langgar lampu merah, tapi penunggang motor tu x sedar diri betul.. aku lak yg dimarahnya.. mmg %%%^$$##@# sgt aaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tula smua kalot. Lampu kuning Dah pecut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.268179 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list