Sukar kiranya jika ingin mengajak ibu 'posing' atau 'selfie' bersama. Pastinya si ibu malu dan ada yang menganggap perbuatan itu sesuai untuk golongan muda sahaja.
Tetapi lainnya lelaki ini, setiap gambarnya bersama ibu yang dimuat naik di Instagram @en.pamey telah menjadi viral kerana ia sangat 'sweet'.
Kapsyen yang disertakan pun mencuit hati. Alahai beruntungnya mak cik ini dapat anak lelaki seperti @en.pamey. Tengok pun sejuk hati kan?
Sempoi habis ibu dia 'posing' melayan anaknya. Anak mak sangat ni kan? Hehehe - CARI Infonet