View: 2929|Reply: 17
|
'Jangan Biasakan Kanak-kanak Dengan Hadiah Wang Tunai'- KJ
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Pertikaian di kalangan netizen berhubung hadiah wang tunai yang diberikan kepada pemenang Kejohanan Junior Cycling Malaysia (JCM) bagi kategori bawah 11 dan 9 tahun yang diadakan pada 9 April lalu kelihatan semakin hangat diperkatakan di laman sosial sejak dua tiga hari ini.
sumber foto : http://bm.selangorku.com/
Berdasarkan beberapa gambar yang menjadi viral sejak petang Rabu, rata-rata netizen melahirkan reaksi negatif terhadap penganjur apabila menawarkan wang tunai RM30, RM20 dan RM10 bagi pemenang tempat pertama hingga tiga pada kejohanan yang diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor pada Sabtu lalu.
Susulan itu, terbaru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil memberi penjelasan melalui akaun Facebook peribadinya semalam agar isu tersebut tidak terus disalahtafsir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam kenyataan di Facebook, Khairy berkata, dalam usia yang masih hijau itu, mereka perlu diajar untuk menghargai nilai sebuah kemenangan bukan pada hadiah, tetapi pada semangat, maruah dan pengalaman.
“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis Khairy.
Tambah Khairy lagi, sesiapa sahaja yang terbukti berbakat dan boleh menjadi aset dalam bidang sukan, tentunya akan dibantu dan diberi penghargaan, termasuk dari segi wang ringgit.
Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan kesemua peserta dan ibu bapa terbabit sedia maklum dengan hadiah yang disediakan, namun masih menyertai acara berkenaan atas dasar rasa cinta terhadap sukan itu.
“Segala hadiah kemenangan telah pun diberitahu kepada semua peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan dalam laman web JCM, jadi tidak timbul isu mereka tidak tahu atau tidak dihargai.
“Rata-rata ibu bapa yang bawa anak mereka tak fikir soal hadiah wang tetapi telah mengorbankan masa mereka kerana minat anak-anak mereka dalam sukan basikal,” katanya.
Isu hadiah kepada pemenang Kriterium Junior Cycling Malaysia menjadi bualan apabila juaranya hanya menerima RM30, yang disifatkan ramai sebagai tidak munasabah
Dalam pada itu, kritikan negatif pengguna media sosial turut mendapat perhatian bekas pelumba kebangsaan, Josiah Ng.
Tegur Josiah, wang tidak seharusnya menjadi keutamaan dalam mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan.- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
budak2 xleh bg duit byk2
- ahmak nafsu
betong... pahang |
|
|
|
|
|
|
|
gelak tersipu sipu
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
KJ pun dah jadik sama bebal dengan Maslan skg |
|
|
|
|
|
|
|
Klu xnk bg duit, bg hamper lagi senonoh dr replika cek rm10 tu
Eiii...xada lojika langsung,: |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x nak biasakan dgn duit, bagi la hadiah bentuk lain, buku ke, percutian dgn family ke...aparaaaa lol |
|
|
|
|
|
|
|
Kasian budak2 ini..kalian pasti malu kerna kutuk safee sali..emang betul apa yg safee sali ckp itu..duit ga ada |
|
|
|
|
|
|
|
Tu pon ada lagi yg sokong kj walaupon tau cakap berbelit2 |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ku agak kagum dengan KJ ni, kiranya pemuda harapan bangsa la.....sekali???? hmmmmmm...sama jekkkkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
HARI RAYA nanti jangan bagi duit ye untuk budak budak..
ikut YB cakap...jangan manjakan budak2 dengan wang ringgit |
|
|
|
|
|
|
|
En. KJ sila la berbakti untuk rakyat tanpa mengambil gaji yang besar... itukan matlamat utama ahli politik.... |
|
|
|
|
|
|
|
penyamun haprak .. kasihan budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
hadiah no 4 org kata dpt botol mineral je...gile sadisss.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian budak2 nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|