CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3048|Reply: 0

Rawatan Sakit Buasir Secara Tradisional

[Copy link]
Post time 14-4-2016 02:50 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.


Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.






Antara beberapa petua tradisional untuk merawat penyakit buasir tersebut ialah:








1. Jangan makan makanan pedas
Salah satu punca yang menyebabkan faktor penyakit buasir ialah makan makanan yang pedas. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan makan makanan yang pedas untuk mengelakkan penyakit buasir tersebut bertambah teruk dan melarat.




2. Daun ungu
Anda pernah melihat daun ungu? Bagaimanakah bentuk dan rupa daun ungu? Penulis ada kongsikan gambar daun ungu tersebut. Cara-cara untuk menggunakan daun ungu ini ialah:


Cara-caranya:
1. Ambil beberapa helai daun ungu.
2. Rebuskan daun ungu tersebut sehingga mendidih.
3. Biarkan sehingga sejuk.
4. Minum air rebusan tersebut pagi dan malam.





3. Ais batu
Tuam ais batu ditempat buasir tersebut. Amalkan dengan kerap.


Sekiranya anda mengetahui anda menghidap penyakit buasir tersebut dari awal, anda hendaklah bertindak segera dan mencegah penyakit buasir tersebut dari awal. Sebelum bertambah buruk, melarat dan terlambat.- CARI Infonet





sumber info: http://petuasihat.com/mesti-baca-punca-dan-cara-rawatan-buasir.aspx
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.653344 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list